Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 28 Ogos 2015




Emas meningkat semalam tetapi masih di landasan betul untuk mencatat kejatuhan mingguan terbesar dalam tempuh lima tahun disebabkan data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh menyokong faktor bagi peningkatan kadar faedah dalam jangka masa terdekat.

Semakan menaik terhadap pertumbuhan ekonomi AS pada suku kedua kepada 3.7 peratus daripada anggaran awal 2.3 peratus menyemarakkan jangkaan pasaran bahawa Rizab Persekutuan (Fed) masih boleh menaikkan kadar faedah tahun ini di seballk kegawatan pasaran ekuiti global dan kebimbangan terhadap ekonomi China yang semakin perlahan.

Kenaikan kadar faedah akan mengurangkan permintaan terhadap aset yang tidak menanggung faedah seperti emas.

Spot emas meningkat 0.2 peratus kepada AS$1,126.86 seauns pada 0946 GMT, tetapi turun 2.6 peratus untuk minggu setakat ini.

Emas AS untuk penghantaran Disember meningkat 0.3 peratus kepada AS$1,126.50 seauns.

Logam itu yang mencecah paras terendah seminggu AS$1,117.35 pada Rabu dan telah mencatat kejatuhan lebih tiga peratus sejak mencecah paras tertinggi tujuh minggu pada 21 Ogos, gagal mendapat manfaat daripada kejatuhan dolar dan jatuh ke paras terendah tujuh bulan pada minggu ini.

"Persoalan besar untuk minggu depan ialah sama ada kebimbangan yang mula menular ke dalam pasaran pada 10 Ogos apabila langkah china menurunkan nilai mata wangnya akan diteruskan.

"Kita hanya beberapa minggu lagi sebelum mesyuarat dasar Fed yang juga akan menarik banyak perhatian," kata pengurus kanan Saxo Bank, Ole Hansen.

Dolar susut 0.2 peratus berbanding sekumpulan mata wang utama, manakala ekuiti Eropah susut kembali, berikutan pembetulan lapan peratus pada awal minggu ini.

Angka Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang teguh pada suku kedua, bersama-sama dengan data rumah dan pembuatan yang kukuh baru-baru ini, mungkin akan mendorong Fed menaikkan kadar faedah pada bulan depan, kata perganalisis INTL FCStone, Edward Meir.

"Bagi semua cakap-cakap mengenai kegawatan pasaran, adalah penting untuk ambil perhatian bahawa Fed kebiasaannya tidak melihat perkembangan diluar negara untuk membuat keputusan mengenai kadar faedah dan kami tidak fikir kali ini ia akan berbeza," kata Meir dalam satu nota.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment