Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Agihan Pendapatan ASW 6.40 Sen Seunit



Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), mengumumkan agihan pendapatan 6.40 sen seunit bagi Amanah Saham Wawasan 2020 (ASW 2020) bagi tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2015.

Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, berkata agihan pendapatan berkenaan susut 0.20 sen seunit berbanding 6.60 sen yang diumumkan bagi tahun kewangan lalu.

Katanya, kadar pengagihan pendapatan saham berkenaan sangat berpatutan terutama dalam suasana kejatuhan pasaran saham semasa dan berbanding instrumen pelaburan lain yang memiliki profil risiko yang sama.

“Sehingga 25 Ogos 2015, prestasi ASW 2020 sepanjang tahun kewangan berakhir 31 Ogos 2015 banyak dipengaruhi oleh prestasi pasaran domestik dan global yang mencabar seiak akhir-akhir ini.

Jana agihan pendapatan
“Berdasarkan persekitaran ekonomi dan pasaran semasa, pengurus pelaburan ASW 2020 perlu mengimbangi antara keperluan pengekalan modal tabung dan keupayaan tabung dalam menjana pengagihan pendapatan yang bersesuaian dengan situasi semasa," katanya pada sidang media mengumumkan penagihan pendapatan ASW 2020 di Kuala Lumpur, semalam.

Yang turut hadir Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan PNB, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman. 

Ahmad Sarji berkata, pembayaran pengasihan pendapatan saham itu membabitkan peruntukan RM1.14 bilion dijangka dapat dimanfaatkan 883,422 pemegang unit yang melanggan lebih 17 bilion unit ASW 2020. 

Mengulas lanjut beliau berkata, sehingga 25 Ogos 2015, tabung ASW 2020 memperoleh pendapatan kasar RM1.39 bilion dan daripada jumlah itu, keuntungan penjualan saham dalam syarikat menyumbang RM709.04 juta atau 51 peratus, meningkat berbanding tempoh sama tahun lalu yang mencatat RM648.7 juta atau 48.8 peratus.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment