Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 27 Ogos 2015


Emas stabil semalam selepas mencatatkan penurunan sehari terbesar dalam tempoh lima minggu, disokong oleh spekulasi bahawa kenaikan kadar Amerika Syarikat (AS) mungkin mengambil masa lebih lama daripada dijangkakan, tetapi masih di bawah tekanan ekoran pemulihan dalam pasaran saham dan nilai dolar yang lebih kukuh. 

Saham Eropah melonjak 2.6 peratus selepas pembuat dasar AS berkata kepentingan untuk meningkatkan kadar faedah bulan depan seolah-olah kurang menarik berbanding beberapa minggu lalu dan berikatan kenaikan di Wall Street yang paling besar dalam tempoh empat tahun. 

Spot emas meningkat 0.1 peratus pada AS$1,125.95 seaun pada 0930 GMT, manakala niaga hadapan emas AS untuk penghantaran Disember meningkat 90 sen seaun pada AS$1,125.50. 

Penurunan tiga hari harga emas telah menghakis sebahagian besar daripada kenaikan minggu lalu, yang berlaku selepas spekulasi bahawa Rizab Persekutuan (Fed) akan menangguhkan kenaikan kadar faedah daripada yang dijangkakan tidak lama lagi. 

la masih hampir lima peratus lebih tinggi daripada paras terendah lima setengah tahun pada pada Julai iaitu AS$1,077, tetapi telah meningkat lebih tiga peratus sejak mencecah paras tertinggi tujuh minggu pada AS$1,168.40 minggu lalu, terjejas oleh pemulihan dalam dolar dan aset lain.

“Pasaran sangat gugup. Ramai orang akan hanya berada di luar pasaran selepas menampung (kerugian) singkat mereka bagi melihat apa yang akan berlaku pada bulan September dan nada Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan, sebelum membuat sebarang keputusan,” kata penganalisis MKS, Afshin Nabavi. 

Emas cenderung untuk mendapat manfaat daripada kadar faedah sangat rendah, yang mengurangkan kos memegang emas dan meningkatkan nilai dolar. 

Logam itu berada di bawah tekanan sejak spekulasi pertama mengenai kenaikan kadar faedah tercetus.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment