Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 26 Ogos 2015



Harga emas jatuh semalam berikutan lantunan di pasaran saham selepas China melonggarkan lagi dasar monetari untuk menyokong ekonomi dan pasaran sahamnya.

Jongkong emas pula memadamkan kenaikan awal untuk meneruskan kejatuhan 1.2 peratus pada Selasa. 

Pasaran saham Asia mengukuh semalam, diterajui saham China sungguhpun kebimbangan berlegar sama ada tindakan China itu mencukupi untuk menstabilkan keadaan.

Ia dijangka mengembalikan tumpuan kepada potensi kenaikan kadar faedah AS tahun ini, yang mana ia akan mengurangkan daya tarikan emas.

"Sekiranya keyakinan (dalam saham) berkekalan, soalan berikutnya ialah sama ada pasaran menunggu ketibaan kenaikan kadar faedah September atau Disember nanti.

"Faktor utama mempengaruhi pandangan bearis bagi emas lebih kepada keputusan menaikkan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan," kata penganalisis di OCBC Bank, Barnabas Gan di Singapura.

Emas semerta jatuh 0.4 peratus kepada AS$1,135.26 satu auns pada 0609 GMT untuk mencatat kejatuhan hari ketiga.

Logam itu jatuh 1.2 peratus pada Selasa, yang adalah kejatuhan terbesar sejak 20 Julai.

Emas AS bagi penghantaran Disember susut 0.3 peratus kepada AS$1,135.30 satu auns.

Keyakinan pengguna AS mencecah paras tertinggi tujuh bulan pada Ogos dan jualan kediaman baharu melantun pada Julai, mencadangkan pengukuhan ekonomi.

Gan berkata, emas yang mencecah paras tertinggi hampir tujuh minggu AS$1,168.40 minggu lalu, berkemampuan rali ke arah AS$1,200 sekiranya ada pengesahan bahawa kenaikan kadar faedah AS tidak berlaku tahun ini.

Prestasi buruk pasaran saham China bertukar menjadi baik pada tengah hari dagangan semalam, menyusuli langkah rangsangan bank pusat, sungguhpun keyakinan keupayaan Beijing melonjakkan ekonomi kekal rapuh.

"Rangsangan itu berkemungkinan tidak mencukupi untuk melonjakkan ekonomi," kata Mizuho Bank dalam satu nota.

Palladium naik 1.7 peratus kepada AS$545.22 satu auns selepas jatuh enam peratus semalam, kejatuhan terbesar sejak April 2013.

Logam itu, kebanyakannya digunakan dalam sistem pelepasan bahan api untuk kenderaan, mencecah paras rendah lima tahun AS$528.50 pada Selasa dan kehilangan sekitar sembilan peratus setakat minggu ini. 

Platinum menokok 0.7 peratus kepada AS$982 satu auns dan perak jatuh 0.7 peratus kepada AS$14.59.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment