Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

'Mac Guyver' Tak Sempat Joli RM30,000



Dungun: Seorang lelaki dikenali 'Mat Guyver' tidak sempat berjoli hasil samun berjumlah RM30,000 apabila ditahan polis sehari selepas memecah masuk kedai emas di Jalan Pujangga, di sini, Rabu lalu.

Dalam kejadian pada jam 3 pagi itu, suspek berusia 32 tahun membawa lari 90 bentuk cincin perak pelbagai saiz, 20 utas rantai perak dan 15 utas gelang tangan perak.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Ahmad Zailani Yaacob, berkata suspek yang memiliki 20 rekod jenayah lampau ditahan di Kuala Dungun, kira-kira jam 10 pagi.

Katanya, siasatan mendapati suspek menyerahkan sebahagian barangan curi itu kepada kakaknya yang berusia 39 tahun untuk disimpan manakala selebihnya dijual.

Kakak jadi saksi utama 
“Hasil soal siasat ke atas kakak suspek, kami menemui semula sebahagian barang kemas yang sudah dijual dan sebahagian lagi dibuang ke dalam semak.

“Kami tidak menahan reman kakak suspek sebaliknya menjadikannya sebagai saksi utama kes dan suspek sudah didakwa di mahkamah, Ahad lalu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun, semalam.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Zailani berkata, pihaknya menahan dua lelaki dan merampas dadah jenis heroin seberat 74.94 gram, pil kuda serta wang tunai RM1,515 dalam dua serbuan berasingan di daerah ini. 

Katanya, dua suspek masing-masing berusia 36 tahun dan 31 tahun itu ditahan di kawasan semak Felda Kerteh 3, Ketengah Jaya dan Jalan Beril Indah, Paka, pada Sabtu dan Ahad lalu.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment