Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 23 Ogos 2015



Kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif diunjur terus kukuh minggu ini didorong oleh kemelut ekonomi dunia, kata peniaga.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Leo Goh Boon Hao, memberitahu BERNAMA, ketidaktentuan akan membawa minat yang memuncak terhadap logam berharga, yang dianggap sebagai aset selamat ketika tempoh mencabar.

Beliau berkata, bagi minggu yang baru berakhir, harga emas diniagakan pada paras tertinggi dalam tempoh tujuh bulan, sejak 21 Januari 2015.

“Niaga hadapan emas Bursa Malaysia pulih, dipengaruhi ekonomi dunia yang suram dalam keadaan penurunan saham dunia dan data pembuatan China yang lemah berbanding jangkaan,” tambahnya.

Mengikut Jumaat ke Jumaat, Ogos 2015 melonjak 167 mata kepada RM155.20, September 2015 meningkat 154 mata kepada RM155.50.

Oktober 2015 meningkat 156 mata kepada RM156.20 satu gram, manakala November 2015 menokok 155 mata kepada RM157.3S satu gram.

Jumlah dagangan bagi minggu berkenaan susut kepada 858 lot bernilai RM12.79 juta daripada 1,822 lot bernilai RM25.19 Juta minggu lalu.

Kepentingan terbuka susut kepada 1,486 kontrak berbanding 2,009 kontrak pada Jumaat minggu lalu.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment