Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 21 Ogos 2015



Emas susut pada Jumaat selepas mencatatkan rali tinggi sepanjang enam minggu, namun kekal di landasan betul untuk mencatatkan keuntungan mingguan terbesar sejak pertengahan Januari disebabkan data ekonomi lebih buruk dari China sehingga menjejaskan pasaran kewangan.

Saham dunia jatuh dalam minggu terburuk tahun ini, manakala indeks dolar mencecah menghampiri lapan minggu rendah selepas laporan kilang China menambah keraguan mengenai Rizab Persekutuan (Fed) akan menaikkan kadar faedah, bulan depan.

Emas meningkat semula minggu ini, sejak mencatatkan paras rendah dalam tempoh lima tahun setengah, dirangsang oleh minit mesyuarat akhir Fed yang mana menjejaskan jangkaan kenaikan dalam kadar faedah AS.

Spot emas jatuh 0.2 peratus pada AS$1,150 seaun pada 0954 GMT, yang sebelum ini mencatatkan pada AS$1,168.40.

Niaga hadapan emas AS bagi penghantaran Disember pula jatuh AS$3.20 seauns pada AS$1,150.

Spot emas masih melebihi tiga peratus minggu ini. “Semua orang menurut kepada Fed dan ia berkesan," kata penganalisis Bernard Dahdah.

“Kenaikan September dilihat sebagai kurang berbanding minggu lalu. Jika anda melihat kebarangkalian kadar faedah mengikut niaga hadapan dana Fed, pada 13 Ogos ia menunjukkan kepada 50 peratus bagi September, dan sekarang ini ia turun kepada 32 peratus.

"Pergerakan terkini juga berhubung kait dengan kekecewaan itu dan menyebabkan kelemahan dolar yang mana turut berkaitan dengan China.

Dolar mencecah paling rendah dalam tempoh hampir lapan minggu berbanding dengan sekumpulan mata wang lain pada Jumaat, selepas kelemahan data pengilang dari China.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment