Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 24 Ogos 2015



Emas susut tetapi hampiri paras tertinggi dalam tempoh tujuh minggu pada Isnin, berikutan kebimbangan ekonomi perlahan China menolak pelabur daripada aset berisiko kepada yang dianggap selamat.

Ekuiti Asia jatuh ke paras terendah dalam tempoh tiga tahun, pengeluaran dolar Amerika Syarikat (AS) dan komoditi perindustrian daripada tembaga turun kepada paling lemah sejak tahun 2009.

“Sudah tentu emas didapati lebih selamat dengan turun naik yang berlaku di pasaran.

"Jika mendapat banyak perkara buruk, maka emas pasti akan pergi lebih tinggi," kata ahli strategi komoditi ANZ Bank, Victor Thianpiriya.

Spot emas susut 0.6 peratus kepada AS$1,153.20 satu auns pada 0638 GMT, berbanding AS$1,165.11 pada hari puncak itu.

Namun, kejatuhan emas sedikit berbanding kejatuhan 3.2 peratus dalam harga minyak mentah AS dan penurunan dua peratus dalam tembaga.

Emas meningkat sebanyak AS$1,168.40 pada Jumaat, tertinggi sejak 7 Julai.

Ia memperoleh lebih empat peratus mmggu lalu, paling banyak sejak pertengahan Januari.

Kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi global yang dipimpin China memacu kejatuhan sehari paling rendah Wall Street dalam hampir empat tahun pada Jumaat, di tengah kelemahan berterusan dalam sektor pembuatan China dan pasaran sahamnya.

Saham China menjunam sembilan peratus pada Isnin dengan indeks Shanghai menyerahkan segala keuntungan sepanjang tahun pelabur mengecewakan Beijing yang dijangka mewujudkan dasar sokongan semula pada hujung minggu selepas pasaran susut 11 peratus minggu lalu.

Ekuiti Jepun menjunam hampir lima peratus.

“China sudah memadi pelindung global dalam dekad yang lalu atau dalam menghadapi pelonggaran dasar daripada bank pusat lain. Ia adalah pelindung yang mengambil semua tekanan deflasi termasuk menyediakan pertumbuhan global,” kata penganalisis Phillip Futures Singapura, Howie Lee.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment