Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 18 Ogos 2015



Harga emas naik untuk hari kedua berturut-turut disebabkan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) berada dalam tekanan selepas Rizab Persekutuan (Fed) membayangkan ia mungkin menaikkan kadar faedah lebih lewat daripada jangkaan pasaran dan mengurangkan unjuran pertumbuhan ekonomi.

Spot emas meningkat 0.3 peratus kepada AS$1,188.16 seaun pada 0647 GMT, selepas meningkat 0.3 peratus pada Rabu.

Berikutan mesyuarat dua hari itu, pembuat dasar Fed mengekalkan kadar faedah semasa yang hampir sifar untuk sekarang dan berkata, kenaikan hanya akan sesuai selepas penambahbaikan dalam pasaran buruh dan keyakinan tinggi bahawa inflasi akan meningkat.

Dalam unjuran mereka, pegawai Fed melihat kadar yang lebih rendah sedikit pada akhir 2016 dan 2017 daripada ramalan pada Mac dan lebih ramai penggubal dasar kini memihak kepada menaikkan kadar faedah hanya sekali atau langsung tiada kenaikan tahun ini.

“Secara keseluruhan, ada nada keyakinan kenyataan itu, dengan penganalisis cenderung untuk mengundurkan lagi tarikh mereka jangkakan kenaikan kadar,” kata peniaga logam berharga MKS Group, James Gardiner.

Dolar berada di paras terendah dalam tempoh sebulan pada awal pagi semalam, disebabkan Fed mengecewakan sebahagian yang mengharapkan isyarat yang lebih jelas mengenai bila bank pusat AS itu akan menaikkan kadar faedah.

Nilai dolar AS yang lebih lemah meningkatkan harga emas yang didagangkan dalam nilai dolar As, manakala kadar yang lebih juga menyokong emas yang tidak tertakluk kepada kadar faedah.

Kenyataan Fed membayangkan bahawa kadar pengetatan kewangan mungkin lebih perlahan daripada yang Fed jangkakan lebih awal, kata penganalisis HSBC, James Steel.

"Selepas kenyataan Fed emas boleh mempunyai lebih ruang lagi untuk keuntungan pembetulan memandangkan data COMEX terbaru menunjukkan peningkatan dalam kedudukan spekulatif jangka pendek," kata Steel.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment