Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 17 Ogos 2015



Harga emas meingkat lebih tinggi semalam berikutan kebimbangan berterusan ke atas yuan yang lebih lemah selepas China menurunkan nilai mata wangnya, minggu lalu.

Kelemahan yuan memungkinkan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) untuk tidak menaikkan kadar faedah dengan lebih cepat pada bulan depan, seperti yang dijangkakan ramai sebelum ini, walaupun isyarat menunjukkan ekonomi AS semakin mengukuh. 

“Berikutan usaha keras yang dijalankan China sejak penurunan itu hingga beberapa minggu akan datang, emas perlu kekal tinggi disebabkan kebimbangan yang semakin meningkat mengenai keadaan ekonomi negara itu,” kata penganalisis Phillip Futures di Singapura, Howie Lee.

Spot emas naik 0.4 peratus pada AS$1,117.80 seauns pada 0600 GMT.

Logam berharga itu mencecah aras kemuncak sepanjang tiga minggu sebanyak AS$1,126.31 pada Khamis. 

Emas AS bagi penghantaran Disember meningkat 0.4 peratus kepada AS$1,117.30 seauns.

Penyusutan nilai mata wang yuan minggu lalu membantu pemulihan emas daripada kerugian, menariknya sehingga lima setengah tahun rendah sehingga AS$1,077 yang direkodkan sepanjang kerugian akhir Julai. 

Lee berkata, ada peluang untuk emas meningkat setinggi AS$1,150 jika Fed tidak menaikkan kadar faedah dalam mesyuarat dasar akan datang bulan depan. 

"Kami tidak lagi pasti sama ada Pengerusi Fed, Janet Yellen berasa selesa untuk menaikkan kadar faedah pada September dengan apa yang dilakukan oleh China. Beijing sedang mengeksport deflasi dan beliau mungkin tidak selesa dengan perkembangan itu sekarang," kata Lee menjangkakan kemungkina kadar faedah akan dinaikkan bulan depan pada 50-50 berbanding 60-40 sebelum ini.

Minit mesyuarat Fed pada 28 hingga 29 Julai lalu yang dikeluarkan esok akan memberikan beberapa petunjuk penting mengenai rancangannya untuk menaikkan kadar faedah buat kali pertama sejak tahun 2006.

Peningkatan jualan runcit, pertumbuhan pekerjaan yang kukuh serta lonjakan sektor pembinaan semua terarah kepada bulan depan ketika Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berada di atas unjuran ekonomi terbesar dunia itu.

Dolar yang lebih kukuh akan mempengaruhi harga emas. Spot emas meningkat 0.4 peratus kepada AS$15.27 seauns selepas mencatatkan paras tertinggi dalam sebulan AS$15.61 Jumaat lalu.  


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment