Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 15 Ogos 2015



Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka terus meningkat minggu ini biarpun berdepan ekonomi global serta pasaran kewangan yang tidak menentu, kata peniaga.

Menurut peniaga, ketidaktentuan itu akan memacu minat belian bagi logam berharga itu yang disifatkan jaminan ketika masa sukar.

“Dari segi teknikal, kontrak aktif bursa emas yang melepasi paras 200 dan menunjukkan ia satu petanda yang memberangsangkan," kata peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Leo Goh Boon Hao, kepada BERNAMA.
Menurutnya, bagi minggu yang baharu berakhir, harga dagangan emas lebih tinggi berikutan penyusutan nilai yuan China.

“Kami percaya sebaik pelabur dapat menerima penyusutan nilai yuan dan menumpukan semula terhadap kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan Amerika Syarikat, harga emas akan turun semula," katanya.

Bagi perbandingan Jumaat ke Jumaat, Ogos 2015 naik 166 mata kepada RM146.85, September 2015 meningkat 177 mata kepada RM147.80, Oktober 2015 melonjak 181 mata kepada RM148.40 manakala November 2015 naik 175 mata kepada RM149.60 satu gram.

Jumlah dagangan minggu lalu meningkat kepada 1,822 lot bemilai RM25.19 juta daripada 917 lot bemilai RM12.75 juta, minggu sebelumnya.

Kepentingan terbuka turut meningkat kepada 2,009 kontrak daripada 1,907 kontrak dicatatkan pada Jumaat terdahulu.

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment