Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 13 Ogos 2015



Emas didagangkan lebih rendah pada Khamis apabila mata wang dolar mengukuh namun logam berharga itu kekal menghampiri paras tertinggi tiga minggu apabila langkah menurunkan nilai mata wang yuan China menyebabkan tercetusnya keraguan As tidak akan akan menaikkan kadar faedahnya.

Pelabur terjejas dengan langkah Rizab Persekutuan merancang menaikkan kadar faedahnya dalam mesyuarat dasar akan datang pada September di tengah pemulihan ekonomi AS dan pasaran kerja, namun pelabur turut mengambil kira kesan penurunan nilai mata wang China.

"Terdapat sentimen langkah penurunan nilai mata wang yuan oleh kerajaan China akan menjejaskan keputusan Fed dan lebih berhati-hati untuk melaksanakan langkah mengetatkan monetarinya.

“Mungkin ia tidak akan menghalang Fed untuk memulakan langkah pertama menaikkan kadar faedah, ia mungkin akan dinaikkan lebih kerap secara berfasa disebabkan potensi inflasi yang lebih rendah yang terhasil disebabkan kelemahan yuan dalam pasaran antarabangsa,” kata Ketua Pemasaran CMC Markets, Ric Spooner di Sydney.

Harga emas jatuh 0.4 peratus kepada AS$1,120.80 satu auns pada 0635 GMT, selepas kenaikan sebelum ini pada AS$1,126.31, lebih rendah sejak 20 Julai. 

Dolar naik 0.3 peratus berbanding mata wang lain.

Harga jongkang emas pulih empat peratus berbanding 5.5 tahun terendah pada AS$1,077 yang berakhir pada Jualan lewat Julai dicetuskan kebimbangan AS menangguhkan langkah menaikkan kadar faedahnya.  


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment