Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 12 Ogos 2015



Emas meningkat buat sesi kelima berturut-turut semalam untuk diniagakan hampir ke paras tertinggi dalam tiga minggu, mendapat manfaat daripada permintaan aset selamat apabila langkah China menurunkan nilai yuan mencetuskan kebimbangan berlakunya perang mata wang.

Langkah mengejutkan China menurunkan dua peratus nilai yuan pada Selasa yang dilihat sebagai langkah untuk mengukuhkan ekonominya yang mendatar, dikutuk keras oleh pembuat dasar Amerika Syarikat (AS) kerana menyebabkan kelebihan eksport kurang adil.

Tindakan itu menjejaskan pasaran saham global, menyebabkan sebahagian pelabur cuba mendapatkan aset selamat seperti emas yang kini pulih lebih tiga peratus daripada paras terendah lima setengah tahun AS$1,077 pada hujung bulan lalu.

Saham Asia dan mata wang pasaran sedang pesat membangun turut menjunam semalam selepas Beijing membenarkan yuan jatuh dengan banyak buat hari kedua.

Spot emas meningkat 0.5 peratus pada AS $1,114.40 seauns menjelang 0623 GMT, selepas memuncak pada AS$1,119 kelmarin, paras tertingginya sejak 20 Julai lalu.

“Satu-satunya sebab emas mendapat manfaat hanyalah dipandang daripada perspektif aset selamat,” kata penganalisis OCBC Bank, Barnabas Gan. Namun, jika tindakan China itu mencetuskan perang mata wang, semua mata wang menyusut dan pengukuhan dolar berterusan, kata Gan.

Ia kemudiannya akan melemahkan harga emas.

Gan juga berkata, nilai yuan yang lebih rendah akan menjadikan komoditi itu lemah mahal kepada China yang juga pengguna emas terbesar di dunia untuk mengimportnya, sekali gus berpotensi meneruskan permintaan lemah dari negara berkenaan yang berlaku sejak 2014.

Emas AS bagi penghantaran Disember menokok 0.5 peratus kepada AS$1,113.10 seauns. 


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment