Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 11 Ogos 2015



Harga emas menokok lebih satu peratus semalam berikutan penyusutan nilai dolar AS dan penurunan saham-saham Eropah, selain pelabur turut menilai impak langkah China untuk menilai semula mata wangnya bagi merancakkan ekonomi.

Beijing membenarkan yuan jatuh ke paras terendah dalam hampir tiga tahun selepas penerbitan data ekonomi tidak memberangsangkan, dengan bank pusat menyifatkan langkah itu sebagai 'penyusutan sekali saja' yang hampir dua peratus.

Keputusan itu mencetuskan pengunduran mendadak dalam emas tetapi hanya buat seketika untuk mencecah paras terendah sesi AS$1,093.25 satu auns.

Harga semerta melantun ke paras tertinggi tiga minggu AS $1,119 sebelum diniagakan naik 0.8 peratus kepada AS1,112.76 satu auns pada 0915 GMT.

"Kemungkinan emas meraih manfaat daripada kebimbangan pusingan baru perang mata wang," kata penganalisis di Macquarie, Matthew Turner, sambil menambah langkah itu menambah ketidaktentuan dan risiko berhubung ekonomi global, yang adalah baik bagi emas.

"Saat terbaik emas tahun ini ialah pada beberapa bulan pertama yang menyaksikan pelbagai perubahan FX, banyak bank pusat mengurangkan kadar faedah atau masuk campur dalam dasar monetari, maka kemungkinan sedikit elemen-elemen itu yang membantu meneruskan kenaikan dari Isnin," kata Turner. 

Logam itu menokok sekitar satu peratus pada Isnin disebabkan kelemahan dolar selepas ulasan pegawai Rizab Persekutuan menambahkan lagi ketidaktentuan berhubung kenaikan kadar faedah September depan. 

Emas AS bagi penghantaran Disember menokok 0.8 peratus kepada AS$1,112.20 satu auns. 

Bagaimanapun, penganalisis tidak menyangka langkah penilaian semula yuan menaikkan nilai emas dalam jangka sederhana ke jangka panjang, kerana ini akan disusuli lebih banyak langkah penilaian semula dikalangan mata wang global lain.

Euro mencecah paras tertinggi 11 hari berbanding dolar semalam, manakala saham Eropah susut.

Presiden Rizab Persekutuan Atlanta, Dennis Lockhart, berkata keputusan untuk menaikkan kadar faedah harus diadakan dalam tempoh terdekat. 

Beliau menjangka kadar itu akan dinaikkan pada mesyuarat September, tetapi menegaskan kenaikan berikutnya harus secara berperingkat.

Pelabur mengurangkan pendedahan masing-masing kepada jongkong emas dan menambah taruhan ke atas dolar bersandarkan jangkaan Rizab Persekutuan akan menaikkan kadar faedah tahun ini, kenaikan pertama sejak 2006.  

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment