Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 07 Ogos 2015



Emas meningkat semalam apabila dolar menjadi lemah, tetapi berada di landasan betul untuk kejatuhan mingguan ketujuh berturut-turut, paling lama sejak 1999, apabila pasaran bersiap sedia menanti data gaji bukan ladang Amerika Syarikat (AS) yang boleh membantu menentukan jangkaan masa kenaikan kadar Rizab Persekutuan (Fed).

Data gaji yang kukuh akan mengukuhkan spekulasi bank pusat AS untuk menaikkan kadar faedah bulan depan.

Kadar faedah yang lebih tinggi akan meletakkan emas di bawah tekanan lagi, meningkatkan kos untuk memegang logam berkenaan.

"Ia sudah tentu kekal sebagai persekitaran yang mencabar bagi harga emas untuk mengekalkan sebarang momentum ke atas,” kata penganalisis Standard Chartered, Nicholas Snowdon.

"Ia kembali kepada hujah yang amat mudah iaitu pasaran sedang menunggu Fed untuk menaikkan kadar faedah dan angka gaji hari ini untuk sama ada ia (kenaikan) akan benar-benar berlaku pada September,” kata Snowdon.

Spot emas naik 0.3 peratus kepada AS$1,091.86 seauns pada 0914 GMT. Logam itu jatuh serendah AS$1,077 pada 24 Julai, paling lemah sejak Februari 2010.

Harga turun 0.2 peratus pada minggu ini, dengan kerugian mingguan ketujuh berturut-turut menyamai rentetan kerugian serupa pada Mei-Jun 1999.

Emas AS untuk penghantaran Disember naik 0.2 peratus kepada AS$1,092.30 seauns.

Dolar meningkat lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama, manakala saham Eropah jatuh selepas data pengeluaran industri Jerman yang mengecewakan.

Harga emas menjelang laporan pekerjaan AS mungkin suasana yang tenang sebelum ribut, dengan kebarangkalian ia kembali mencatat harga paling rendah ke paras terendah tahun 2010, iaitu AS$1,044, menurut penganalisis teknikal di ScotiaMocatta.

Ahli ekonomi yang dikaji oleh Reuters meramalkan ekonomi AS menambah 223,000 pekerjaan pada bulan Julai, hasil yang sama seperti Jun. Pertumbuhan pekerjaan AS telah melebihi 200,000 dalam tempoh 14 daripada 16 bulan lalu.  


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment