Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 09 Ogos 2015



Emas meningkat pada Jumaat lalu kerana pelabur menilai perangkaan pembayaran gaji bukan ladang Amerika Syarikat (AS) yang mungkin menunjukkan Rizab Persekutuan AS (Fed) akan menangguhkan kenaikan kadar faedah dalam tempoh segera.

"Pembayaran gaji bukan ladang meningkat 215,000 pada bulan lalu berikutan kemajuan dalam pengambilan pekerjaan dalam pembinaan dan pengilangan yang mengimbangi kejatuhan dalam sektor perlombangan,” kata Jabatan Buruh AS.

Kadar pengangguran berada pada paras rendah dalam tempoh tujuh tahun pada paras 5.3 peratus.

Harga kontrak semasa emas,yang memcecah paras dagangan harian rendah pada AS$1,082.76 satu aun sebaik sahaja selepas laporan pekerjaan AS, berjaya melonjak semula sebanyak 0.5 peratus kepada AS$1,094.54.

Kontrak emas AS bagi penghantaran Disember naik 0.4 peratus kepada AS$1,094.10 seaun.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka kukuh minggu ini jika ringgit terus menyusut, kata peniaga.

“Pasaran turut memantau rapi data senarai gaji bukan ladang AS yang dikeluarkan lewat Jumaat, yang akan dapat membantu menentukan tempoh kenaikan kadar faedah Fed,” kata Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Ong Su Ling.

Pasaran emas tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi pada minggu baru berakhir susulan penyusutan ringgit.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat, Ogos 2015, September 2015 dan Oktober 2015, masing-masing melonjak 95 mata kepada RM138.55, RM138.35 dan RM139.35 satu gram, manakala bulan kontrak baharu, November 2015 sebanyak RM140.85 satu gram.

Jumlah dagangan bagi minggu lalu meningkat kepada 917 lot bernilai RM12.75 juta daripada 440 lot bernilai RM5.92juta pada mmggu sebelumnya. Kepentingan terbuka naik kepada 1,907 kontrak daripada 1,625 kontrak pada Jumaat minggu sebelumnya.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment