Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi semalam, susulan kelemahan ringgit,kata peniaga.
"Kami menjangka harga emas meneruskan aliran meningkatnya sekiranya ringgit terus menurun. “
Bagaimanapun, topik kenaikan kadar faedah Rizab Persekutuan AS masih mempengaruhi pasaran emas,” kata Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Ong Su Ling.
Kontrak Ogos 2015, September 2015, Oktober 2015 dan November 2015 meningkat 36 mata untuk ditutup masing- masing kepada RM137.15, RM13755, RM137.95 dan RM139.4s segram.
Jumlah dagangan susut sedikit kepada 40 lot bernilai RM590,000 daripada 45 lot bemilai RM613,000 pada Rabu manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 1,298 kontrak daripada 1,287 kontrak semalam.
Ketika ditutup pada semalam, harga emas fizikal meningkat 71 sen kepada RM131.62 segram daripada RM130.91 segram kelmarin.
Di pasaran dunia, emas didagangkan hampir tidak berubah semalam selepas dolar didagangkan stabil dan pelabur menunggu data pekerjaan AS yang mungkin akan menjadi petunjuk kepada langkah Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah seawal bulan depan.
Data penggajian bukan hasil ladang AS akan diumumkan pada Jumaat dan pakar ekonomi menjangka angka pekerjaan pada Julai ke paras yang sama pada Jun lalu.
Harga emas tidak berubah kepada AS$1,084.10 seauns pada 0943 GMT.
Logam beharga itu melepasi paras sokongan teknikal AS$1,100 selepas laluan Jauh pada Julai menolaknya sejauh AS$1,077, iaitu paras paling lemah sejak Februari 2010.
Emas didagangkan di AS bagi penghantaran Disember turun 0.1 peratus kepada ASs1,084.20 seauns.
“Kini faktor yang menyokong emas hanya faktor ketidaktentuan pasaran yang terhad namun ia mungkin memerlukan satu perangsang untuk melonjakkan emas ke paras lebih tinggi AS$20 melebihi AS$1,105 untuk melihat sebarang manfaat kepada pelabur," kata Pengurus Kanan Ole Hansen, Saxo Bank.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources
0 comments:
Post a Comment