Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 05 Ogos 2015



Harga emas Jatuh kepada paras terendah dalam lima setengah tahun semalam apabila dolar mengukuh selepas kenyataan daripada pegawai Rizab Persekutuan (Fed) menyokong jangkaan bahawa bank pusat Amerika Syarikat (AS) itu akan menaikkan kadar faedah seawal bulan depan.

Presiden Fed Atlanta, Dennis Lockhart, berkata ia memerlukan 'kemerosotan ketara' dalam ekonomi AS supaya beliau tidak menyokong kenaikan kadar faedah pada September.

Emas, sebagai aset yang menanggung faedah terjejas berikutan meningkatnya risiko kenaikan kadar faedah AS.

Fed berhasrat menaikkan kadar faedah tahun ini buat kali pertama sejak tahun 2006 memandangkan ekonomi AS sedang mengukuh, khususnya pasaran tenaga kerjanya.

Spot emas turun 0.2 peratus pada AS$1,085.10 satu aun menjelang 0218 GMT.

Emas kekal dibawah AS$1,100 sejak melepasi paras sokongan penting itu akhir bulan lalu sehingga menyebabkannya jatuh serendah AS$1,077, paras terendah sejak Febuari 2010.

Emas AS bagi penghantaran Disember turun 0.6 peratus kepada AS$1,084.70 satu aun.

“Kami menjangkakan untuk melihat penurunan lebih rendah bagi kebanyakan komoditi, termasuk emas kebanyakannya disebabkan pengukuhan dolar serta kelemahan teknikal yang hanya akan menggalakkan lebih banyak dana terus menambah pendedahan singkat masing- masing," kata penganalisis INTL FCStone, Edward Meir.

Dalam satu bukti baharu pemulihan ekonomi AS, tempahan baharu negara itu meningkat kukuh pada bulan Jun berikutan permintaan tinggi peralatan pengangkutan dan barangan lain.

Indeks dolar berlegar hampir kepada paras tertinggi tiga bulan pada 98.218.

“Emas mungkin berada dibawah AS$1,100 apabila pelabur menunggu data gaji AS Jumaat ini,” kata peniaga MKS Group, Samuel Laughlin.

Ia mungkin menguji paras AS$1,080, susulan kenyataan Lockhart itu walaupun terdapat permintaan dari China yang mana premium sekitar AS$2 satu aun berbanding penanda aras global memberikan sedikit sokongan.  

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment