Harga emas berlegar di paras terendah lima setengah tahun semalam, masih menerima tekanan daripada jangkaan Rizab Persekutuan menaikkan kadar faedah tahun ini.
Sementara data AS pada Isnin mencadangkan ekonomi terbesar dunia itu kelihatan kehilangan momentmn sejak dua bulan lalu, pakar ekonomi percaya bank pusat AS masih bersedia untuk menaikkan kadar faedah tahun ini.
Tetapi kenaikan awal, pertama dalam sembilan tahun, mungkin lebih lewat daripada September apabila mereka bermesyuarat nanti.
"Saya kira Rizab Persekutuan berkemungkinan mengambil pendekatan berhati-hati, mungkin menangguh kenaikan kepada Disember," kata ahli ekonomi kanan di Mizuho Bank di Singapura, Vishnu Varathan.
Harga emas semerta naik 0.2 peratus kepada AS$1,087.70 satu auns pada 0639 GMT, hampir kepada paras terendah bulan lalu AS$1,077, paras terendah sejak Februari 2010.
Emas AS bagi penghantaran Disember susut 0.2 peratus kepada AS$1,087 satu auns.
Indeks Institut Pengurusan Bekalan AS berhubung aktiviti perkilangan susut kepada 52.7 pada Julai, berada di bawah jangkaan dan perbelanjaan pengguna AS meningkat pada kadar paling perlahan dalam empat bulan pada Jun.
Bagaimanapun, pengukuhan pasaran buruh bermakna Rizab Persekutuan masih boleh mengetatkan dasar, mencadangkan kejatuhan lanjut harga bagi komoditi seperti emas.
Emas jatuh hampir tujuh peratus pada Julai, kejatuhan paling ketara dalam dua tahun.
Melewatkan kenaikan kadar faedah akan diterjemahkan sebagai mesra jongkong emas,”kata penganalisis di HSBC, James Steel.
Logam berharga lain, platinum jatuh sehingga 1.6 peratus kepada AS$940.50 satu auns, paras terendah sejak Febuari 2009.
Palladium jatuh kepada AS$586.33 satu auns, terendah sejak Oktober 2012. Perak naik 0.3 peratus kepada AS$14.52 satu auns.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources
0 comments:
Post a Comment