Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 03 Ogos 2015



Emas mantap semalam tetapi tidak jauh daripada paras terendah dalam tempoh lima setengah tahun, bergelut untuk mengikut skala yang lebih tinggi pada permulaan bulan, selepas ia mencatat kerugian terbesarnya dalam dua tahun pada bulan Julai, disebabkan jangka pendek Amerika Syankat (AS) mengekalkan penjual dekat dengan pasaran.

Logam itu menghala kerugian bulan lalu disebabkan dolar mengukuh selepas data ekonomi AS yang positif dan komen oleh Rizab Persekutuan (Fed) memberi isyarat ia di landasan untuk menaikkan kadar faedah buat kali pertama dalam tempoh sembilan tahun.

Kenaikan kadar faedah itu mungkin boleh berlaku seawal September, menyebabkan risiko terhadap lebih penurunan untuk logam berharga itu.

“Ceritanya ringkas namun cukup kuat untuk menyuntik trend menurun untuk emas," kata penganalisis di OCBC Bank, Barnabas Gan.

Spot emas kekal pada AS$1,1095.36 seauns pada 0630 GMT. Logam itu jatuh serendah AS$1,079.50 seaun pada Jumaat, menghampiri paras terendah bulan lalu, AS$1,077, paling lemah sejak Februari 2010. 

Logam berharga itu Bullion kerugian hampir tujuh peratus pada bulan Julai, penurunan bulanan paling curam sejak Jun 2013. 

la jatuh selama enam minggu berturut-turut minggu lalu, kejatuhan paling lama sejak 1999.

Pelabur mengintai laporan senarai gaji bulanan AS pada Jumaat dan laporan yang kukuh boleh bermakna bahawa harga emas bakal lebih lemah, kata Gan.

“Sekiranya tanda menunjukkan ekonomi AS bertambah baik sangat kuat, ia memberikan isyarat bahawa emas boleh melepasi paras sokongan AS$1,000 seaun,” katanya.

Emas AS untuk penghantaran Disemberjuga tidak berubah pada AS$1,095.10 seaun.

Dana lindung nilai dan pengurus wang mengekalkan pendirian lemah terhadap COMEX emas untuk sekurang-kurangnya sedekad pada minggu berakhir 28 Julai, mencadangkan penghijrahan besar-besaran daripada emas baru-baru ini adalah lebih daripada reaksi spontan.  


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment