Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Pencarum KWSP Wajar Rebut Peluang Melabur Dalam ASB2


Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sewajarnya mengambil kesempatan daripada peluang untuk melabur dalam Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) yang kini ditawarkan menerusi Skim Pelaburan Ahli KWSP.

Penasihat pelaburan berkata, ASB2 adalah tabung amanah berharga tetap yang berisiko rendah dan ciri ini menjadikannya sesuai untuk pelaburan jangka panjang seperti membina tabung persaraan.

"Berbanding unit amanah lain yang harganya berubah setiap hari, ASB2 boleh dikatakan 'selamat' kerana modal pelabur dilindungi dan kekal RM1 sehingga bila-bila," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Selain itu katanya, oleh kerana ASB2 berharga tetap, tiada caj jualan dikenakan apabila urusniaga dilakukan. Ini bermakna pelabur dapat  menjimatkan 3 peratus daripada caj jualan yang dikenakan sekiranya mereka melabur dalam unit amanah lain yang bukan berharga tetap.

216 dana amanah
Sehingga 1 April lalu, sebanyak 216 dana amanah berada dalam senarai Institusi Pengurusan Dana (IPD) di bawah Skim Pelaburan Ahli KWSP.

Namun begitu, daripada jumlah itu, hanya empat dana adalah dana berharga tetap. ASB2 adalah dana harga tetap ke-4 yang ditawarkan selepas ASW 2020, ASD dan AS1M.

Semua dana harga tetap berkenaan diuruskan oleh Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Dana amanah harga tetap mempunyai ciri-ciri yang hampir sama seperti simpanan, yang mana nilai seunit modal pelaburan tidak berubah dan diniagakan pada harga tetap RM1 seunit.

Pada April lalu, ASB2 mengumumkan agihan sulung sebanyak 7.50 sen seunit dan bonus khas 0.25 peratus. Agihan pendapatan itu adalah lebih tinggi berbanding dividen tahun 2014 yang diumumkan KWSP, iaitu 6.75 peratus.

Berdasarkan kepada prestasi tabung-tabung unit amanah yang diuruskan PNB sebelum ini, syarikat pengurusan unit amanah terbesar negara itu tidak pernah gagal memberikan agihan pendapatan tahunan yang kompetitif untuk tabung unit amanah kendaliannya.

Katanya, sekiranya ASB2 pada masa depan secara kosisten memberi agihan pendapatan lebih baik berbanding KWSP, pencarum berpeluang membina tabungan persaraan yang lebih kukuh berbanding hanya bergantung kepada KWSP.

Tabung ASB2 dilancarkan dengan saiz 10 bilion unit. Berdasarkan pengumuman oleh PNB sehingga April lalu, kira-kira 2 bilion unit ASB2 sudah dilanggan. Ini menjadikan jumlah yang masih ada untuk langganan ialah kira-kira RM8 bilion unit.

Pencarum boleh melabur menerusi skim ini setiap 3 bulan sekali, dengan mengeluarkan simpanan dalam Akaun 1 yang mana jumlah pelaburan adalah bergantung kepada umur dan Simpanan Asas pencarum.

Pelabur hanya perlu pergi ke mana-mana pejabat cawangan ASNB untuk membuat pelaburan dalam ASB2 menerusi Skim Pelaburan Ahli KWSP ini.

Kaedah sediakan pilihan
KWSP memperkenalkan skim ini sebagai satu kaedah bagi menyediakan pilihan kepada pencarum untuk mempelbagaikan pelaburan dalam mana-mana unit amanah pilihan mereka.

Ia diharap dapat memberi peluang kepada pencarum menjana pulangan lebih tinggi bagi pelaburan mereka berbanding hanya bergantung kepada KWSP yang boleh dikatakan pelaburan berciri konservatif.

Namun begitu pelabur dinasihatkan untuk mendapatkan nasihat pelaburan sebelum berbuat demikian, dengan mengenal pasti faktor risiko dan pulangan serta memahami jenis pelaburan yang ingin disertai.

Beliau berkata, sekiranya pencarum adalah seorang individu yang inginkan pelaburan jangka panjang berisiko rendah serta tidak mahu pening kepala memikirkan turun naik harga, ASB2 adalah pelaburan yang bersesuaian dengan profail mereka.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment