Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

BNM Nafi Zeti Alami Serangan Jantung


Kuala Lumpur - Bank Negara Malaysia (BNM) semalam menafikan Gabenornya, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz mengalami serangan jantung dan dimasukkan ke wad seperti dilaporkan portal berita.

Jurucakap Jabatan Komunikasi Strategik BNM, berkata gabenor bank pusat itu sihat dan bekerja seperti biasa.

"Kami menafikan khabar angin yang tersebar itu dan beliau (Zeti) sihat dan bekerja seperti biasa," katanya ketika dihubungi, semalam.

Semalam, portal berita Malaysia Gazette melaporkan Zeti dikatakan tidak hadir di pejabatnya pada pagi Isnin, namun masuk pejabat pada sebelah petang.

Zeti sehari dua ini juga menghadiri pelbagai mesyuarat dalaman BNM sekali gus menafikan khabar angin bahawa beliau dalam keadaan tidak sihat.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan Cawangan Khas Bukit Aman sedang menyiasat Zeti mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan.

Tak bertanggungjawab
Sambil menegaskan perkara itu tidak benar, Khalid menyifatkan dakwaan yang tersebar di laman sosial mengaitkan Zeti dalam siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan rasuah sebagai tidak bertanggungjawab.

"Tanya siapa yang buat berita itu dan siapa sumber yang memberikan maklumat terbabit kerana setahu saya polis tidak pernah menjalankan siasatan terhadap Gabenor BNM. Saya menafikan dakwaan ini.

"Jika ada siasatan terhadap beliau, saya mengesahkan bukan polis yang menjalankan siasatan itu," katanya selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Kedaulatan Negara kepada 262 pegawai serta anggota Jabatan Siasatan Jenayah di sini, semalam.

Dalam pada itu, Khalid menyelar tindakan pemimpin DAP Perak, Ngeh Koo Ham yang sengaja menimbulkan kegelisahan dalam kalangan masyarakat den mempolitikkan insiden kebakaran Menara Dua Bukit Aman, kelmarin.

Tiada peti keselamtan
Beliau berkata, Koo Ham yang juga Ahli Parlimen Berusa, tidak seharusnya memuat naik status di akaun Twitter miliknya dengan mempersoalkan kejadian itu seolah-olah memperlekehkan tugas polis.

"Tingkat 10 (Menara Dua) menempatkan pejabat pentadbiran Jabatan Siasatan jenayah dan tiada peti keselamatan (dokumen penting) di situ kecuali surat khabar dan dokumen lama yang hendak dimusnahkan," katanya.

Koo Ham menerusi akaun Twitter miliknya memuat naik status mempersoalkan Khalid dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sama ada sudah menyenaraikan dokumen yang musnah dalam kebakaran itu atau sebaliknya.

"@KBAB51 @PDRMsia IGP dah naik ke tingkat sembilan dan 10 serta siasat apa dokumen yang terbakar, kalau belum jangan buat keputusan. Nanti rakyat hilang percaya," katanya.

Sumber : Berita Harian (31 Julai 2015)
Tulisan : Mohd Iskandar Ibrahim dan Hazwan Faisal Mohamad


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment