Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

'Toyol' Tahu Rahsia


Kuala Lumpur - Seorang eksekutif sebuah syarikat telekomunikasi bingung apabila 'toyol' yang mencuri kad pengeluaran wang automatik (ATM) miliknya mampu mengeluarkan wang walaupun tidak memiliki nombor pin rahsia kad itu.

Suspek dikatakan membuat pengeluaran menggunakan dua kad ATM milik mangsa membabitkan kerugian sebanyak RM4,5000.

Mangsa, Mariam Abdullah, 57, berkata, dia hanya menyedari dua kad bank miliknya yang ditinggalkan di dalam beg tangan hilang ketika mahu keluar dari pejabatnya di Bangsar, Khamis lalu.

"Sebelum itu saya meninggalkan dompet dan beg tangan di atas meja di pejabat untuk pergi ke tandas kira-kira jam 10.30 pagi.

"Saya hanya menyedari kehilangan kad itu dua jam kemudian. Saya kemudian pergi ke cawangan bank berhampiran untuk membuat aduan berhubung kehilangan kad itu," katanya.

Dia bagaimanapun sekali lagi terkejut apabila pihak bank memaklumkan suspek melakukan pengeluaran wang sebanyak RM1,500 pada jam 11.30 pagi hari yang sama.

"Ada dua kad bank yang hilang. Satu kad membabitkan pengeluaran sebanyak RM1,500 manakala satu lagi kad sebanyak RM3,000. Kedua-dua pengeluaran dilakukan di cawangan bank di Bandar Wawasan, Jalan Raja Abdullah di sini.

"Saya kemudian membuat laporan di Balai Polis Pantai Baharu di sini, selain memaklumkan kejadian itu kepada pihak pengurusan syarikat," katanya.

Menurutnya, dia pelik bagaimana penjenayah boleh mengeluarkan wang menggunakan kad ATM itu sedangkan nombor pin kad itu adalah rahsia.

"saya tidak pernah menulis atau memberitahu sesiapa nombor pin rahsia kad ATM milik saya itu.

"Lebih aneh apabila kejadian itu bukan kali pertama berlaku berikutan kad ATM saya pernah dicuri pada September tahun lalu. Suspek berjaya melarikan wang sebanyak RM1,500," katanya.

Sumber : Harian Metro (08 Julai 2015)
Tulisan : Asmah Rusman


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment