Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

SKIM PELABURAN HARAM : Kebas RM1 Juta


Seremban - Tembelang seorang wanita berusia 35 tahun yang dikesan menipu lebih 7,000 mangsa dalam skim pelaburan piramid di seluruh negara membabitkan kerugian kira-kira RM1 juta berakhir apabila suspek dicekup polis di sekitar Sikamat, di sini, semalam.

Sumber berkata, wanita terbabit ditahan kira-kira 5 petang bersama seorang lelaki berusia 34 tahun berikutan dipercayai menipu ramai mangsa termasuk dari daerah ini.

Sumber itu menambah, selain suspek, polis turut merampas telefon bimbit miliknya dan beberapa dokumen seperti lejar dan buku tunai.

"Berdasarkan maklumat ytang diterima, suspek dikesan sudah menipu lebih 7,000 mangsa dengan nilai kerugian lebih RM1 juta.

"Modus operandi digunakan mangsa dijanjikan keuntungan tujuh kali ganda bagi ringgit dilaburkan dan memperoleh pulangan dalam dua bulan," kata sumber itu di sini, semalam.

Menurut sumber itu, selepas mangsa membayar antara RM100 hingga RM300 dan ada pelabur menyerahkan wang sehingga RM25,000, wanita itu bertindak melarikan diri.

Difahamkan, suspek mengiklankan skim pelaburan itu menerusi Facebook dan mendakwa wang diterima dilaburkan dalam urus niaga mata wang asing, emas serta pakaian.

"Bagaimanapun. itu semua adalah pembohongan kerana wanita itu kemudian melarikan diri," kata sumber itu yang memaklumkan kegiatan itu dijalankan sejak setahun lalu.

Sumber itu berkata, suspek kini ditahan reman mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Ketua Polis Daerah Seremban Asisten Komisioner Muhamad Zaki Harun yang dihubungi mengesahkan penahanan itu dan berkata, kes sedang disiasat.

Harian Metro pada 2 Julai lalu melaporkan lebih 7,000 mangsa di seluruh negara ditipu dengan skim pelaburan itu yang  berjumlah lebih RM1 juta.

Berdasarkan laporan, kumpulan pertama pelabur menerima pulangan yang dijanjikan, namun kumpulan seterusnyatertipu selepas suspek melarikan diri.

Sumber : Harian Metro (08 Julai 2015)
Tulisan : Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment