Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Gagal Kembalikan Saman Awam RM1.8 Bilion


Putrajaya - Ahli perniagaan terkemuka, Tan Sri Halim Saad gagal dalam cubaan terakhirnya mengembalikan saman awam RM1.8 bilion terhadap Khazanah Nasional dan dua pihak lain berhubung keputusannya melepaskan kawalan terhadap Renong Berhad.

Panel lima anggota Mahkamah Persekutuan yang dipengerusikan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif semalam tidak membenarkan beliau meneruskan rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Halim memfailkan tindakan undang-undang terhadap Khazanah; bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Kerajaan, tetapi pada tahun 2013, Mahkamah Tinggi menolak samannya atas alasan ia difailkan selepas tempoh enam tahun yang dibenarkan mengikut Akta Had Masa 1953.

Halim juga gagal dalam rayuan beliau apabila ia ditolak Mahkamah Rayuan pada tahun lalu.

Ketika menolak dengan sebulat suara permohonan Halim untuk mendapatkan kebenaran merayu, Md Raus berkata kebenaran untuk berbuat demikian tidak dapt diberi kerana ahli perniagaan itu tidak mengikut syarat Seksyen 96 Akta Mahkamah Kehakiman 1964.

Bayar kos perundangan
Bekas pengerusi eksekutif Renong itu mahu Mahkamah Persekutuan membuat keputusan mengenai persoalan undang-undang berkaitan syarat untuk mengetepikansaman awam, tetapi Md Raus berkata undang-undang mengenai isu itu sudah wujud.

Md Raus memerintahkan Halim membayar kos perundangan RM20,000 kepada Khazanah dan RM20,000 kepada Nor Mohamed serta Kerajaan.

Halim menyaman Khazanah, Nor Mohamed dan Kerajaan bagi menuntut semula pampasan lebih RM1.8 bilion kerana kepentingannya dalam Renong. Ahli perniagaan itu mendakwa beliau memiliki 372,000,000 saham pada tahun 2001, iaitu kira-kira 16 peratus daripada modal terbitan dan berbayar syarikat itu.

beliau juga mendakwa dipujuk Nor Mohamed, sebagai ejen kerajaan, supaya beliau menerima perjanjian berhubung lankahnya meninggalkan Renong dan United Engineer (M) Berhad (UEM), yang ketika itu Renong memiliki kepentingan besar dalam modal terbitan dan berbayar syarikat berkenaan (UEM).

Halim menuntut ganti rugi am RM1.8 bilion kerana perlanggaran syarat pembelian Renong, RM508 juta sebagai nilai modal berbayar Kualiti Alam Sdn Bhd bagi menampung kerugian beliau kerana menyelamatkan Fleet Group, dan ganti rugi kerana salah nyata.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment