Emas susut pada Selasa selepas pasaran menantikan laporan daripada sidang kemuncak zon euro untuk melihat sama ada wujudnya perkembangan dalam krisis hutang Greece, menyaksikan lonjakan jangka pendek dalam logam berharga yang menggariskan sentimen bearish ke arah emas.
Emas gagal meraih manfaat sebagai simpanan selamat walaupun krisis berterusan Greece yang meningkatkan kebimbangan yang dilihat menjadi terhad.
Pemgukuhan dolar juga mengehadkan peningkatan. Spot emas susut 0.1 peratus kepada AS$1,168 seauns pada 0630 GMT. Logam itu meningkat sehingga 0.6 peratus pada Isnin susulan penolakan Greece berhubung terma pakej dana penyelamat, namun susut melebihi kenaikan kepada hampir 0.2 peratus.
Niaga hadapan emas AS susut 0.5 peratus pada Selasa. Pergerakkan harga menunjukkan bukti bahawa emas tidak mampu untuk terus meningkat walaupun dalam keadaan pasaran yang tegang, kata Howie Lee, penganalisis di Phillip Futures.
"Walaupun emas menunjukkan kehilangan sebagai aset selamat, lebin penting ia menandakan kehilangan minat dalam emas sebagai alat pelaburan," kata Lee.
Kedudukan pelabur berdasarkan data AS komoditi Suruhanjaya Dagangan Niaga Hadapan Isnin mencerminkan situasi sama.
Pengurus wang dan dana lindung nilai meningkatkan kedudukan pendek kepada lebih tinggi pada minggu yang berakhir pada 30 Jun.
Peniaga bukan komersial meningkatkan kedudukan pendek kepada dua tahun tinggi.
Buat masa ini, tumpuan adalah pada mesyuarat zon euro lewat hari ini dengan mana-mana perjanjian hutang Greece mungkin menghantar harga emas di bawah AS$1,150, kata seorang peniaga emas yang berpengkalan di Sydney.
Athens dijangka membawa cadangan untuk perjanjian untuk sidang kemuncak itu selepas Perancis dan Jerman memberitahu Greece pada Isnin supaya tampil dengan cadangan yang serius untuk memulakan semula rundingan bantuan kewangan.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources
0 comments:
Post a Comment