Simpang Pertang - Seramai 98,688 peneroka FELDA di seluruh negara akan menerima duit raya dan pembayaran dividen pelaburan FELDA Global Ventures Holdings Berhad (FGV) sebanyak RM900 setiap orang, mulai 13 Julai ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata bayaran yang akan diterima oleh kumpulan peneroka terpilih itu diharap dapat mengurangkan beban kewangan untuk membuat persiapan menyambut Aidilfitri tidak lama lagi.
Tradisi beri duit raya
"Saya hendak teruskan tradisi memberi duit raya kepada peneroka. Bagaimanapun, duit raya dan dividen hanya diterima oleh 98,688 peneroka yang bersama FELDA, manakala bagi yang tidak bersama kita (FELDA) tidak mendapat keistimewaan ini.
"Sejumlah RM29.6 juta diperuntukan bagi sumbangan duit raya, manakala RM59.2 juta lagi bagi bayaran dividen. Walaupun saham FGV jatuh sedikit kebelakangan ini, peneroka tetap menerima dividen," katanya.
Peneroka yang tidak bersama FELDA (berjumlah 13,947 orang) ialah mereka yang tidak menanam semula bersama FELDA atau tidak menghantar hasil ladang kepada FELDA, berurus niaga tanah tanpa kebenaran dan menyaman FELDA.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Ihya Rahmat Ramadan Warga FELDA bersama Perdana Menteri peringkat Kebangsaan 2015 di FELDA Pasoh 4 di sini, semalam.
Yang turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan; Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek; Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.
Pembayaran dividen itu, termasuk dividen awal 6 sen sesaham dan dividen akhir sebanyak 4 sen sesaham.
Mengulas mengenai FGV, Perdana Menteri berkata, pihaknya mengenal pasti langkah pembukaan tanah pertanian baharu sebagai kaedah yang boleh meningkatkan prestasi syarikat berkenaan.
Buka ladang di luar negara
Katanya, FELDA merancang membuka ladang di luar negara yang mampu memberi hasil berganda. Antara yang dipertimbangkan adalah 420,000 hektar tanah di Papua, Indonesia (melalui pengambilalihan syarikat PT Eangle High Plantations).
Sumber : Berita Harian (08 Julai 2015)
Tulisan : Ifwan Tun Tuah
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources
0 comments:
Post a Comment