Kuala Lumpur -Pasukan Petugas Khas mengeluarkan perintah pembekuanenam akaun bank milik pihak yang dipercayai terbabit dalam kes penyaluran dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), kelmarin.
Perkembangan terbaharu itu dimaklumkan menerusi satu kenyataan bersama Peguam negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz; Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.
Ambil dokumen 2 akaun
Dimaklumkan, Pasukan Petugas Khas, antara lain mengambil beberapa dokumen membabitkan 17 akaun daripada dua bank bagi membantu siasatan.
"Turut diambil adalah dokumen-dokumen yang memounyai isu ketidakpatuhan peraturan-peraturan dan kaedah Bank Negara Malaysia (BNM) oleh bank yang kini terbabit dalam siasatan.
"Siasatan masih berjalan, justeru semua pihak perlu memberikan kerjasama sepenuhnya bagi melengkapkan siasatan," kata mereka, semalam.
Wall Street Journal (WSJ), sebelum ini, melaporkan traksaksi deposit berjumlah AS$700 juta (RM2.6 bilion) ke akaun peribadi menggunakan nama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Ambil tindakan lanjut
Sabtu lalu, Pasukan Petugas Khas dilaporkan sudah membuat serbuan dan memperoleh dokumen daripada SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd.
Susulan semakan dan analisis terhadap semua dokumen itu, Pasukan Petugas Khas turut diberi nasihat dan panduan mengenai tindakan selanjutnya.
Sumber : Berita Harian (08 Julai 2015)
Tulisan : Luqman Arif Abdul Karim
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources
0 comments:
Post a Comment