Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

ROMPAKAN EMAS : Seminit Samun RM280,000


Kuala Lumpur - Empat penjenayah yang berpakaian sama hanya mengambil masa seminit untuk melarikan pelbagai barangan kemas bernilai RM280,000 dalam kejadian samun di sebuah kedai emas di Jalan Lebuh Ampang, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 2.42 petang itu, tiga daripada suspek yang memakai topi keledar masuk ke dalam kedai terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Zainuddin Ahmad berkata, dua daripadanya kemudian memecahkan cermin sebelum mengambil pelbagai barang kemas di dalam dulang.

Menurutnya, seorang lagi suspek menunggu di bahagian luar premis terbabit sebelum semua mereka melarikan diri.

"Ketika kejadian terdapat lima pekerja yang berada di premis terbabit namun tidak sempat untuk menghalang suspek.

"Suspek kemudian melarikan diri dengan menaiki dua buah motosikal yang diletakkan di hadapan premis berkenaan," katanya.

Zainuddin berkata, semua suspek memakai topi keledar berpenutup penuh dan bersarung tangan.

"Mereka mengambil dua dulang berisi cincin emas dan rantai yang dianggarkan berjumlah RM280,000.

"Pihak kami kini meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti suspek," katanya.

Menurut Zainuddin, kejadian ini adalah kali kedua di premis sama selepas kejadian cubaan menyamun pada 2013.

"Pihak kami kini giat mengesan suspek dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menyalurkan maklumat kepada kami," katanya.

Sumber : Metro Ahad (26 Julai 2015)
Penulis : Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment