Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 26 Julai 2015


Emas melonjak semula selepas jatuh lebih satu peratus pada Jumaat lalu kerana dolar AS jatuh daripada paras tertingginya dan saham AS terus jatuh.

Namun, logam berharga itu berada di landasan kukuh untuk mencatatkan kejatuhan mingguan terbesarnya sejak Mac.

Kontrak semasa emas mencecah paras terendahnya sejak Febuari 2010 pada paras AS$1,077.00 seaun, tetapi meningkat 0.5 peratus kepada AS$1,096.29 pada 1847 GMT.

Kontrak hadapan AS bagi penghantaran Ogos jatuh 0.8 peratus kepada AS$1,085.50 seaun.

"Terdapat kejatuhan besar-besaran dalam pasaran ekuiti. Kami melihat dolar AS juga jatuh daripada mencatatkan peningkatan pada awalnya," kata Pengarah Perdagangan Logam High Ridge Futures yang berpangkalan di Chicago, David Meger.

Permintaan bagi emas fizikal di Asia kekal berkurangan di tengah-tengah premium yang menyederhana di India dan China.

Harga logam lain, perak jatuh 0.2 peratus kepada AS$14.62 seaun sementara paladium naik 1.1 peratus kepada AS$621.50 seaun dan platinum naik 0.6 peratus kepada AS&981.74.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangka terus dalam aliran menurun minggu ini dengan permintaan dari India dan China, pembeli utama emas dunia, kekal lemah sekalipun harga logam berharga itu jatuh.

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd, Chan Pek Man, berkata tekanan jualan selepas harga jatuh di paras sekongan utama serta ura-ura kenaikan kadar faedah untuk kali pertama dalam tempoh lapan tahun, turut menyumbang kepada sentimen pasaran.

Bagi minggu baru berakhir, Julai 2015 dan Ogos 2015 masing-masing jatuh 156 mata kepada RM132.85 dan RM133.40 segram.

September 2015 pula turun 163 mata kepada RM133.60 segram dan Oktober 2015 susut 165 mata kepada RM134.00.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2,256 lot bernilai RM30.09 juta daripada 113 lot bernilai RM1.59 juta yang didagangkan minggu sebelumnya.

Kepentingan terbuka pula meningkat kepada 4,041 kontrak daripada 1,713 kontrak sebelum ini.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment