Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 27 Julai 2015


Harga emas berlegar sedikit di atas paras terendah sejak tahun 2010 semalam, bergelut untuk bergerak lebih tinggi berikutan jangkaan bahawa Fed begitu pasti akan menaikkan kadar faedah tahun ini.

Rizab Persekutuan akan mengadakan mesyuarat selama dua hari yang akan berakhir Rabu ini yang mana ia dijangka memberi lebih banyak isyarat berhubung kenaikan kadar faedah hujung tahun ini susulan pengukuhan ekonomi negara itu.

Kontrak semasa emas mendatar pada AS$1,097.96 seaun pada 0229 GMT selepas jatuh bagi minggu kelima berturut-turut minggu lalu, kejatuhan terpanjang sejak akhir tahun 2012.

Jongkong emas jatuh lebih tiga peratus minggu lalu selepas keadaan agak kucar-kacir pada Isnin susulan penjualan besar-besaran di New York dan Shanghai menolak jatuh harga serendah AS$1,077 pada Jumaat.

Emas AS bagi penghantaran Ogos menokok 1.1 peratus kepada AS$1,097.50 seaun pada Isnin.

Emas pulih daripada paras rendah minggu lalu disebabkan kedudukan pendek, kata penganalisis di HSBC, James Steel.

"Sementara kami berpendapat harga akan mengukuh dalam jangka terdekat, penjualan adalah tidak dijangkakan kerana kami tidak mengesan perubahan ketara dalam sentimen pelabur."

Spekulator AS bertukar menjadi lemah buat pertama kalinya pada dagangan emas Comex sejak tahun 2006 dalam minggu berakhir 21 Julai, demikian menurut data Kerajaan AS Jumaat lalu.

Bila mana harga emas jatuh, pegangan SPDR Gold Trust pula jatuh untuk hari ketujuh Jumaat lalu kepada 21.87 juta auns, paras terendah sejak September 2008.

Ramai penganalisis menjangka Rizab Persekutuan akan menaikkan kadar faedah, kenaikan pertama dalam hampir sedekad, September depan.

Berdasarkan ramalan yang dikeluarkan secara tidak sengaja Jumaat lalu, ahli ekonomi di Rizab Persekutuan menjangka kenaikan kadar suku mata tahun ini.

Rizab Persekutuan kemudian berkata, ia bukanlah dokumen yang betul dan memberikan jadual baharu yang menunjukkan ramalan yang menunjukkan ramalan yang sedikit lebih rendah bagi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan inflasi pada 2015.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment