Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 28 Julai 2015


Harga emas stabil semalam menghampiri paras terendah lima setengah tahun ekoran pasaran bersiap sedia menunggu keputusan Fed selama dua hari minggu ini, di mana pembuat dasar dijangka memberi petunjuk lanjut mengenai jangkaan bila kenaikan kadar faedah AS.

Fed awal minggu ini membayangkan bahawa kenaikan kadar faedah jangka masa terdekat bakal berlaku jika data ekonomi menyokong langkah itu, tetapi pertumbuhan perlahan di China dan penurunan harga baru-baru ini membawa kepada beberapa persoalan sama ada ia akan ditunda.

Dolar semalam meningkat daripada paras terendah dua minggu berbanding yen apabila pelabur memberi tumpuan kepada mesyuarat itu.

Spot emas adalah pada AS$1,092.90 seaun pada 1147 GMT, sedikit berubah dari penutupan Isnin, manakala niaga hadapan AS emas untuk penghantaran Ogos turun AS$4.30 seaun pada AS$1,092.10.

Emas mencecah paras terendah AS$1,077 pada hari Jumaat, terendah sejak awal tahun 2010, dalam satu rentetan minggu kelima kerugian.

"Harga emas meningkat sedikit walaupun berlaku peningkatan dalam nilai dolar dan keuntungan hasil Perbendaharaan AS.

"Itu seolah-olah menunjukkan beberapa kemungkinan Fed akan menaikkan kadar faedah selanjutnya pada masa akan datang," kata penganalisis Mitsubishi, Jonathan Butler.

Kenaikan kadar faedah memberi tekanan terhadap emas dengan meningkatan kos lepas bagi memegang emas, di samping kenaikan dolar AS, yang ia adalah mata wang yang digunakan bagi logam itu.

Jangkaan kenaikan faedah jangka pendek mungkin membuat pelabur teragak-agak untuk membida emas walaupun berlaku penurunan harga, dengan kegagalannya untuk mendapat manfaat daripada kebimbangan terhadap Greece tahun ini melemahkan daya tarikannya sebagai pelaburan yang terlindung dari risiko.

Keyakinan pelabur terhadap emas kekal goyah selepas kejatuhan minggu lalu disertai dengan jumlah dagangan yang besar di New York dan Shanghai. Logam itu rugi lebih tiga peratus minggu lalu, yang paling teruk sejak Mac.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment