Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 29 Julai 2015


Harga emas kekal di bawah AS$1,100 seaun semalam, dagangan tidak jauh dari paras rendah lima setengah tahun, dengan pelabur masih menunggu hasil keputusan mesyuarat Rizab Persekutuan AS untuk mendapatkan lebih banyak petunjuk berhubung kenaikan kadar faedah, tahun ini.

Selepas berdepan, kemerosotan minggu lalu, emas terperangkap dalam julat sempit menjelang mesyuarat dasar Fed yang diadakan nanti.

Pembuat dasar lebih memfokuskan untuk mengukuhkan ekonomi dan pasaran buruh AS yang ia akan meletakkannya di landasan tepat untuk meningkatkan kadar faedah seawal September, menunjukkan risiko lebih rendah bagi emas bukan hasil.

"Kami masih kekal berhati-hati mengenai emas dalam tempoh jangka pendek dan menjangkakan kemungkinan dolar boleh meningkat lebih tinggi dalam minggu berbaki ini, yang kemungkinan turut didorong oleh kenyataan dasar Fed hari ini (semalam)," kata penganalisis INTL FCStone, Edward Meir.

"Kami juga tidak melihat sebarang petunjuk turun naik bagi emas buat masa sekrang, dengan keadaan fizikal, pelabur dan permintaan dana yang agak membosankan," katanya.

Spot emas naik 0.3 peratus pada AS$1,098 seaun pada 0630 GMT.

Logam berkenaan mencapai AS$1,077 minggu lalu, paling rendah sejak Febuari 2010, berikutan kekurangan jualan di New York dan Shanghai apabila pelabur mengurangkan pendedahan mereka disebabkan kebimbangan penurunan harga.

Emas AS bagi penghantaran Ogos tidak banyak berubah iaitu pada AS$1,097.40 seaun.

Permintaan emas pada peringkat global juga merosot ke paras terendah sejak tahun 2009, pada suku kedua apabila dana China memasuki pasaran ekuiti yang bermasalah, manakala import India jatuh paras paling rendah dalam suku kelima, menurut laporan oleh GFMS.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment