Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

PENIPUAN EMAS MURAH : Umpan 10 Jongkong Emas


Kuala Lumpur - Teruja membeli 10 jongkong emas pada harga murah iaitu RM122,000 menyebabkan seorang saudagar barang kemas diperdaya lelaki menyamar sebagai ahli perniagaan.

Mangsa yang mahu dikenali sebagai Rizal, 31, mendakwa tidak menyangka suspek yang menipunya adalah penipu dikehendaki polis berikutan pernah melakukan 10 kes penipuan sama sebelum ini.

Menurutnya, suspek dikenali sebagi Encik Wong bertemu dengannya di sebuah bank di Jalan Sultan Ismail, di sini, kira-kira jam 3 petang kelmarin.

"Saya diperkenalkan kepada suspek oleh rakan perniagaan emas. Rakan saya mendakwa suspek mahu menjual 10 jongkong emas seberat 1 kilogram yang dibawa masuk dari Singapura.

"Saya pada mulanya tidak yakin dan ragu-ragu, namun rakan perniagaan saya mendakwa beberapa kali beruusan dengan Encik Wong dan tidak mempunyai sebarang masalah," katanya.

Menurutnya, suspek terlebih dahulu menetapkan syarat iaitu urusan pembelian jongkong emas hendaklah dilakukan dalam mata wang AS$.

"Jadi saya menurut kemahuannya dengan membuat pertukaran wang di dalam mata wang AS$.

"Sebaik bertemu suspek, saya meminta lelaki itu menunjukkan jongkong emas yang dijanjikan sebelum wang AS$30,000 diserahkan," katanya.

Menurutnya, suspek mula meberikan alasan dengan mendakwa wang itu perlu diserahkan terlebih dahulu sebelum jongkong emas diberikan.

"Saya menyerahkan wang itu apabila suspek meminta saya memasukkan wang ke dalam beg disediakan.

"Sebaik melakukan apa yang disuruh, suspek memberitahu akan kembali dalam tempoh 30 minit untuk mengambil jongkong emas dijanjikan," katanya.

Bagaimanapun suspek tidak muncul dan memberi alasan jongkong emas tidak dapat diserahkan kepadanya pada hari berkenaan atas pelbagai faktor.

Berang dengan alasan diberikan suspek, mangsa meminta wangnya dikembalikan.

"Suspek berjanji berjumpa saya dalam tempoh setengah jam di hotel di ibu negara, namun dia terus hilang dan gagal dihubungi.

"Saya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang sebelum siasatan dilakukan Bahagian Siasatan Jenayah Komersial IPD Dang Wangi," katanya.

Harian Metro difahamkan hasil semakan ke atas nombor kad pengenalan suspek mendapati lelaki itu mempunyai 10 rekod jenayah.

Sementara itu, jurucakap Polis IPD Dang Wangi ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan berkata, siasatan lanjut dijalankan pihaknya bagi mengesan suspek.

Sumber : Harian Metro (30 Julai 2015)
Tulisan : Mohamad Azim Fitri Abd Aziz


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment