Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

RM70,000 Dapat Datuk


Shah Alam - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan menipu seorang usahawan perabot berhubung pemberian anugerah 'Datuk' Kerabat Diraja Kelantan membabitkan nilai RM70,000, pada Mac lalu.

Tertuduh Mohd Azmi Ahmad Zahari, 51, dituduh melakukan kesalahan itu di pejabat Purple Star Industries Sdn Bhd, No 16 A, Jalan Keluli AJ7/AJ, Pusat Perniagaan Bukit Raja, Seksyen 7, dekat sini jam 2 petang pada 31 Mac lalu.

Tertuduh yang mengaku tidak bersalah mohon dibicarakan di hadapan Hakim G Ramesh.

Berdasarkan kertas pertuduhan Mohd Azmi didakwa menipu Yunus Hashim bagi mendapatkan anugerah 'Datuk Kerabat Diraja Kelantan' yang tidak sah mengikut Undang-undang PerlembagaanTubuh Negeri Kelantan, sehingga mendorong mangsa menyerahkan sekeping cek bertarikh 1 April 2015, bernilai RM70,000.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Allan Suman Pillai manakala peguam Mohd Faizal Abdul Rahman mewakili Mohd Azmi.

Terdahulu, Allan Suman menawarkan jaminan sebanyak RM30,000 dengan seorang penjamin kerana kesalahan itu sangat serius serta membabitkan Istana Kelantan.

Bagaimanapun, Mohd Faizal memohon jaminan dikurangkan dengan alasan tertuduh tiada sumber kewangan tetap sejak disiasat polis pada Mei lalu termasuk perlu menanggung empat anak serta ibu yang uzur.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM18,000 dengan seorang penjamin dan sebutan semula kes ditetapkan pada 28 Ogos ini.

Di Mahkamah Sesyen Ampang kelmarin, Mohd Azmi turun berdepan pertuduhan menipu Badrul Hisham Ramli, 45, untuk mendapatkan anugerah 'Datuk Kerabat Diraja Kelantan' sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai RM60,000.

Mohd Azmi dituduh melakukan kesalahan itu di Jalan Mamanda, Taman Datuk Ahmad Razali, Ampang jam 11 pagi, pada 29 April 2013 dan didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Sumber : Harian Metro (30 Julai 2015)
Tulisan : Khairul Azran Hussin


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment