Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 24 Julai 2015


Emas susut lebih satu peratus semalam ke paras terendah sejak awal tahun 2010 susulan pengukuhan terbaharu nilai dolar AS mendorong satu lagi gelombang jualan, meletakkan logam berharga itu di tahap kerugian mingguan terbesar dalam tempoh sembilan bulan.

Harga logam terbabit berada di bawah tekanan sejak merudum lebih tiga peratus pada waktu dagangan Asia Isnin lalu, penurunan sehari terbesar dalam tempoh hampir dua tahun, dalam situasi jualan besar-besaran yang disertai oleh jumlah dagangan besar di New York dan Shanghai.

Harga kontrak hadapan semasa emas mencecah paras terendah iaitu AS$1,077.00 seaun semalam dan turun 0.7 peratus kepada AS$1,083.25 pada 0930 GMT.

Niaga hadapan emas AS bagi penghantaran Ogos turun AS$11.70 seaun pada AS$1,082.40.

Emas terjejas tahun ini berikutan Rizab Persekutuan (Fed) berada di landasan betul untuk menaikkan kadar faedah untuk kali pertama dalam tempoh hampir sedekad, meningkatkan kos bagi memegang logam berharga itu tatkala nilai dolar meningkat.

Permintaan emas fizikal di Asia kekal suram di tengah-tengah premium sederhana di China.

Bagi harga logam berharga lain, perak jatuh 1.3 peratus kepada AS$14.57 seaun, paladium merosot 0.4 peratus kepada AS$612.50 seaun sementara platinum jatuh 1.1 peratus kepada AS$965.25.

Sementara itu, kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif jatuh semalam.

Pada penutup, Julai 2015, Ogos 2015, September 2015 dan Oktober 2015 jatuh 40 mata setiap satu kepada RM132.85, Rm133.40, RM133.60 dan RM134.00 segram.

Jumlah dagangan meningkat kepada 2,256 lot bernilai RM30.09 juta berbanding 59 lot bernilai RM800,000 kelmarin.

Kepentingan terbuka meningkat kepada 4,041 kontrak berbanding 1,838 kontrak kelmarin.

Pada jam 5 petang, harga fizikal emas jatuh RM2.18 kepada RM128.48 segram berbanding RM130.66 kelmarin.

Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment