Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

AKPK Selesai 7,835 Kes Hutang


Kuala Lumpur - Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) berjaya menyelesaikan sebanyak 7,835 kes pemohon yang mendapatkan nasihat pengurusan melalui Program Pengurusan Kredit (PPK) dengan jumlah keseluruhan bernilai RM324.4 juta setakat 31 Mei 2015.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azaddin Ngah berkata, pihaknya menerima sebanyak 131,196 permohinan untuk mendapatkan nasihat pengurusan kredit melalui PPK.

Beliau berkata, lebih 342,842 pengguna menerima sesi kaunseling AKPK sehingga 31 Mei 2015 dan pelanggan yang mendapatkan perkhidmatan AKPK tergolong daripada pelbagai lapisan masyarakat.

"Dalam kebanyakan kes, faktor yang menyumbang kepada masalah hutang dan ketidakupayaan membayar balik pinjaman disebabkan pengurusan kewangan lemah iaitu 22.4 peratus, diikuti kegagalan atau perniagaan yang lembap (16.6 peratus), isu perbelanjaan perubatan tinggi (14.8 peratus) dan gagal mengawal penggunaan kad kredit (11 peratus).

"Kehilangan pekerjaan dan komitmen kewangan luar jangka juga menjadi penyebab pengguna hadir mendapatkan nasihat menerusi PPK," katanya kepada Bisnes Metro di sini.

Menurutnya, tahun lalu AKPK menerima 309,663 sesi kaunseling dan 121,495 daripadanya memohon untuk PPK.

Azaddin berkata, statistik menunjukkan berlaku peningkatan dari semasa ke semasa dan masyarakat mesti berusaha memantapkan kemahiran dalam menguruskan aliran kewangan.

Beliau berkata, masyarakat juga perlu bijak dan berhemah dalam pengurusan kewangan dan mengawal hutang, malah menerusi AKPK program serta kaunseling yang dijalankan adalah percuma.

Sumber : Harian Metro (24 Julai 2015)
Tulisan : Sri Ayu Kartika Amri


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment