Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 23 Julai 2015


Harga emas melonjak semula melepasi paras AS$1,100 seaun semalam daripada paras terendahnya dalam tempoh lima tahun yang dicatatkan pada sesi sebelumnya.

Kelemahan dolar AS mendorong sesetengah pelabur mengambil kesempatan daripada kejatuhan harga emas untuk membelinya.

Masih ramai yang bimbang dengan harga logam berharga, namun begitu, selepas ia mencatatkan kejatuhan teruk dalam satu hari dalam tempoh hampir dua tahun pada Isnin, mendorongnya untuk terus mencatatkan kelemahan.

Emas dijangka jatuh dengan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan AS berada pada landasan kukuh untuk menaikkan kadar faedah buat pertama kali dalam tempoh hampir sedekad.

Kontrak semasa emas naik 0.8 peratus kepada AS$1,101.25 seauns pada 1152 GMT, sementara kontrak hadapan emas AS bagi penghantaran Ogos naik AS$9.10 seauns kepada AS$1,100.60.

"Emas jatuh kerana Fed AS sedang sedia untuk menaikkan kos pinjaman," kata Ketua Penganalisis Pasaran AvaTrade, Naeem Aslam.

"Ini akan terus menjadi halangan utama bagi kenaikan harga logam berharga ini dan peniaga mungkin akan menjual ketika rali," katanya.

Beliau berkata, peningkatan semula harga tidak ada apa-apa tetapi perdagangan teknikal, sebagai petunjuk momentum yang paling utama, menunjukkan bahawa jualan besar-besaran baru-baru ini adalah berlebihan.

Harga logam berharga lain, perak naik 0.6 peratus kepada AS$14.87 seaun, kontrak semasa platinum  naik 0.6 peratus kepada AS$985.25 seaun sementara palladium naik satu peratus kepada AS$630.25 seaun.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment