Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

'Dibuang' Isteri Gila Emas


Klang - Sejak dilahirkan Jun lalu, saya hanya sempat bertemu dengan anak dua kali. Paling lama pun 10 minit sebelum dihalau keluarga isteri," kata seorang kakitangan kerajaan yang hidup tertekan selepas 'dibuang' isteri dan keluarga mertua disebabkan isu kewangan.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Amin, 24, berkata baki pendapatannya hanya tinggal RM900 selepas ditolak pelbagai komitmen lain setiap bulan menyebabkan dia tidak dapat memenuhi kehendak isterinya yang mahu barangan kemas.

"Kami berkahwin pada penghujung tahun 2013 atas dasar suka sama suka, tetapi dia mula berubah sikap selepas hampir setahun kami berumahtangga.

"Tanpa memikirkan pendapatan saya yang hanya cukup untuk keperluan harian, dia kerap meminta barangan kemas seperti gelang dan rantai yang berharga ribuan ringgit. Disebabkan saya gagal memenuhi kehendaknya, dia buat perangai dan kami mula bertengkar," katanya yang ditemui selepas mendapatkan  khidmat nasihat daripada Perunding Motivasi dan Kaunselor Berdaftar Hushim Salleh, di sini, semalam.

Amin berkata, perangai isterinya berubah selepas dia mendapat pekerjaaan dengan gaji lebih tinggi daripadanya.

"Banyak yang dia minta terutama barang kemas walaupun dia sedar status kewangan saya namun terus mendesak. Dia juga kerap ke rumah ibunya dan sukar diajak pulang," katanya.

Dia berkata, apa yang dikesalkan, ibu mertua turut membenci dan mencercenya setiap kali dia melawat atau menjemput isteri di rumah keluarga mertua.

"Pada Jun lalu, isteri selamat melahirkan anak sulung kami tetapi dia berkeras mahu menghabiskan tempoh pantang di rumah ibunya.

"Sehingga kini, saya hanya berkesempatan melihat anak kami dua kali. Kali pertama saya sempat menatapnya kira-kira 10 minit sebelum ibu  mertua mengarahkan saya keluar rumah.

"Kali kedua, saya datang ditemani ibu. Saya tersentak apabila bukan hanya saya malah ibu saya turut dimarahi besannya," katanya.

Menurutnya, dia semakin tertekan kerana menerima sms daripada isterinya yang meminta cerai.

Sementara itu, ibu Amin yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 49, berkata , dia terkejut melihat anak tunggalnya dimarahi mertua ketika dia mahu menjenguk cucu.

"Besan saya mendakwa anak saya tidak bertanggungjawab. Saya tidak faham apa punca masalah dan cuba berbincang untuk mencari penyelesaian namun kami anak beranak disuruh pulang.

"Anak saya banyak berahsia namun saya tahu dia tertekan kerana sikap isteri dan ibu mertuanya, sebab itu saya menemaninya mendapat nasihat daripada kaunselor," katanya.

Menurutnya, dia tetap berharap agar rumahtangga anaknya berkekalan walaupun berdepan masalah.

"Saya sebagai ibu hanya boleh menasihat anak yang terbaik dan berharap hubungan anak saya dengan isterinya kembali damai demi masa depan anak mereka," katanya.

Sumber : Harian Metro (24 Julai 2015)
Tulisan : Muhd Izawan Baharin & Nazarali Saeril


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI  
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment