Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 22 Julai 2015


Harga emas jatuh buat sesi ketujuh daripada lapan sesi semalam, mencerminkan tekanan berkekalan ke atas logam itu beberapa hari selepas penurunan terbesarnya dalam tempoh hampir dua tahun, dengan penyusutan berikutnya dilihat ketika tinjauan permintaan yang suram.

Jangkaan kenaikan kadar faedah AS menjejaskan daya tarikan emas sebagai satu pelaburan, mengalakkan lebih banyak penjual dalam pasaran selepas jatuh empat peratus pada Isnin.

Pegangan dalam dana emas terbesar, SPDR Gold Trust terus jatuh, menjadikannya yang terendah sejak 2008.

"Arah aliran jangka panjang masih lagi ada dan lebih ramai yang menjual.

"Kami tidak dapat melihat sebarang faktor bulis. Inflasi masih lagi dibendung dengan baik dan tidak melihat krisis sistemik yang akan memaksa orang membeli emas," kata Ketua Penyelidik Wing Fung Financial Group di Hong Kong, Mark To.

Spot emas jatuh 0.7 peratus kepada AS$1,093.71 seaun menjelang 0610 GMT.

Ia mencecah paras terendah sesi pada AS$1,090.55, sedikit di bawah AS$1,088.05 Isnin lalu, yang juga terendah sejak Mac 2010 berikutan jualan besar-besaran jumlah dagangan di Shanghai Gold Exchange.

kejatuhan di Shanghai berlaku selepas pelabur menjual lebih daripada AS$500 juta emas di New York dalam masa empat saat semasa awal dagangan Asia, semasa kebiasaannya hanya puluhan kontrak emas diniagakan pada hari biasa.

Emas AS bagi penghantaran Ogos turun 0.8 peratus pada AS$1,094.20 seaun, selepas jatuh sehingga 1.3 peratus yang menandakan sesi kejatuhan ke-10 berturut-turut.

Permintaan fizikal pula lembab walaupun berlaku penurunan ketara harga minggu ini.

India tidak tergesa-gesa menampung kekurangan permintaan di China kerana bakal pembeli terus menunggu harganya jatuh, dengan musim kahwin yang hambar serta hujan menjejaskan selera pembeli.

"Sasaran harga berikutnya mungkin AS$1,000. Itu satu paras sensitif namun ia bukan mengejutkan untuk melihatnyamenguji kuasa paras sokongan berkenaan," kata To.

Pegangan dalam SPDR Gold Trust, dana tukaran asing sokongan emas terbesar dunia terus jatuh kepada 22.17 juta auns pada Selasa, paras terendah sejak Ogos 2008.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment