Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Mata Wang 19 Negara Susut


Toko - Aliran meningkat dolar berbanding yen terhenti semalam menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan minggu depan yang akan memberikan petunjuk mengenai tempoh masa kenaikan kadar faedah AS.

Dalam dagangan Tokyo, dolar jatuh kepada 123.65 yen pada tengah hari berbanding 123.86 yen di New York, namun ia meningkat daripada 124.43 yen di Tokyo pada awal Selasa.

Mata wang 19 negara, euro ditutup turun kepada AS$1.0939 daripada AS$1.0942 dan kepada 135.22 yen daripada 135.53 yen, apabila pembuat dasar Greece akan mengundi pusingan kedua pembaharuan yang mesti diluluskan jika Athens mahu menerima program menyelamat antarabangsa ketiganya.

Bagaimanapun, euro masih meningkat AS$1.0825 dan 134.61 yendi Asia pada Selasa.

"Wata wang euro berada lebih tinggi dengan perkembangan diteruskan ke arah program bantuan kewangan ketiga bagi Greece," kata Ketua Strategi Mata Wang Well Fargo Securities, Nick Bennenbroek.

Fed akan mengadakan mesyuarat dasar berikutnya bermula Selasa minggu depan, dengan peniaga menunggu isyarat berhubung jadual waktu bank pusat AS itu menaikkan kadar faedahnya.

Penganalisis sebelum ini mengunjurkan kenaikan berlaku sama ada pada September atau Disember selepas Pengerusi Fed, Janet Yellen, berkata beliau menyaksikan perubahan dibuat menjelang akhir tahun ini.

Namun, 'semua orang perlu berhati-hati' membeli dolar dengan jangkaan kenaikan kadar faedah pada bulan September masih belum dapat dipastikan sepenuhnya, kata Ketua Tukaran Asing Sumitomo Mitsui Banking Corp, Masato Yanagiya kepada Bloomberg News.

"Tiada sebarang butiran mengenai saiz atau masa kenaikan kadar faedah. Belian dolar mengukuh menjelang September."

Dolar kebanyakannya lemah berbanding sekumpulan mata wang Asia Pasifik.

Ia jatuh kepada 1,153.05 won Korea Selatan berbanding 1,158.63 won pada Selasa, 63.56 rupee India daripada 63.74 rupee dan kepada 13,370 rupiah Indonesia daripada 13,409 rupiah.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment