Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 10 Julai 2015


Harga emas berada lebih tinggi semalam, bergerak lebih jauh daripada empat bulan terendah sebelum ini, sama dengan peningkatan euro yang menunjukkan tanda memberangsangkan sejajar usaha Greece untuk menyelesaikan isu hutangnya.

Namun, permintaan fizikal bagi pengguna utama China dan India yang lemah menyekat keuntungan harga, dengan emas yang dijual di India pada harga diskaun kepada harga penanda aras global.

"Emas boleh kekal lemah dalam tempoh terdekat sekurang-kurangnya sehingga pembelian fizikal muncul semula, menurut pandangan kami," kata penganalisis HSBC, James Steel.

Spot emas naik 0.3 peratus pada AS$1,162.71 seauns pada 0629 GMT.

Harganya masih menunjukkan sedikit penurunan pada minggu ini, selepas mencecah AS$1,146.75 pada Rabu, terendah sejak 18 Mac.

Emas Amerika Syarikat (AS) bagi penghantaran Ogos menokok 0.2 peratus pada AS$1,161.80 seauns.

Kerajaan Greece sudah menghantar cadangan pembaharuan pakej kepada pemiutangnya di zon euro pada Khamis dalam usaha untuk memenangi dana baharu bagi mengelakkan muflis.

Mereka juga berusaha untuk mendapatkan undi parlimen pada Jumaat bagi menyokong tindakan segera itu.

Euro meningkat berbanding dolar, menjadikan aset dolar seperti emas lebih murah kepada pembeli yang menggunakan mata wang lain.

Namun, harga itu tidak mungkin kekal rali melainkan disokong permintaan yang kurang memberangsangkan minggu ini berikutan pelabur prospektif di China ditawarkan ekuiti disebabkan kelemahan pasaran, manakala di India masih menangguhkan pembelian.

Sementara itu, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia derivatif hari ini ditutup semalam disebabkan pengukuhan ringgit dan juga pengurangan ketidaktentuan ekonomi luaran.

Peniaga Phillip futures Sdn Bhd, Leo Goh Boon Hao berkata mata wang tempatan yang menokok ke paras 3.7 berbanding dolar AS, memberi tekanan kepada niaga hadapan emas di Bursa malaysia kerana ia menjadikan komoditi dalam denominasi ringgit itu lebih mahal bagi pedagang antarabangsa.

"Selain itu, niaga hadapan emas juga jatuh disebabkan pengurangan ketidaktentuan ekonomi berikutan pasaran bertukar optimis selepas Greece menyerakan usul bagi bagi memperoleh pembiayaan baharu," katanya.

Ketika ditutup, bulan semerta Julai 2015 jatuh 10 mata kepada RM141.45 segram dan Ogos 2015 menyusut 16 mata kepada RM142 segram.

Jumlah dagangan lebih rendah pada 30 lot bernilai RM420,000 berbanding 45 lot bernilai RM640,000 kelmarin, manakala kepentingan terbuka jatuh kepada 1,670 kontrak daripada 1,693 kontrak.

Pada jam 5 petang, harga emas fizikal disandarkan pada RM137.19 segram, jatuh 43 sen daripada RM137.62 segram pada Khamis.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment