Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

ISU 1MDB - PAC Panggil Jho Low Bantu Siasatan


Kuala Lumpur - Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memangil Low Taek Jho atau Jho Low bagi membantu siasatan membabitkan pelaburan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Pengerusinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed, berkata ahli perniagaan itu akan dipanggil pada September ini atas kapasitinya sebagai Penasihat Khas Terengganu Investment Authority (TIA) sebelum diambil alih Kerajaan Persekutuan pada 2009.

"Kedudukan Jho Low sebagai penasihat khas disahkan Jabatan Audit Negara dalam laporan awal dibentangkan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang hari ini (semalam) dan semalam (kelmarin).

Banyak terima maklumat
"PAC menerima banyak maklumat selepas mendengar taklimat mengenai pelaburan yang dibuat oleh 1MDB, termasuk dalam  PetroSaudi. Jadi, kita buat keputusanmemanggil Jho Low," katanya pada sidang media selepas pembentangan laporan awal 1MDB oleh Ambrin di Bangunan Parlimen, semalam.

Laporan awal 1MDB yang dibentangkan selama dua hari berakhir semalam, memberi tumpuan kepada empat komponen sepanjang siasatan yang bermula pada 10 Mac lalu sehingga 15 Jun lalu.

Bagi melancarkan siasatan, Nur Jazlan berkata, PAC akan memanggil semula firma audit Ernst and Young, KPMG dan Deloitte bagi menjelaskan beberapa perkara berbangkit dalam laporan interim itu.

Katanya, PAC juga akan memanggil beberapa saksi, antaranya Ketua Pegawai Pelaburan 1MDB, Vincent Koh Beng Huat; Penasihat Undang-undang 1MDB, Ivan Chen; Ahli Lembaga Pengarah 1MDB International Holdings Limited, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi; Setiausaha Syarikat 1MDB,Jasmine Ai Swan Loo; Pengarah Syarikat Brazen Sky, Azmi Tahur dan Pengarah Eksekutuf Kewangan, Terence Geh.

Prosiding dijangka dimulakan September
"Pac akan memghantar surat kepada semua saksi itu minggu depan dan prosiding dijangka dapat dimulakan September ini. Kita beri mereka masa enam hingga tujuh minggu," katanya.

Diminta mengulas lenyataan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda, yang memaklumkan sudah menghantar semua dokumen yang diperlukan Jabatan Audit Negara, Nur Jazlan menafikannya.

"Arul Kanda kata sudah beri semua maklumat tetapi Ketua Audit Negara kata tidak. Jadi, kita lebih percaya ketua audit...terpulanglah kepada Arul Kanda berhubung dengan ketua audit untuk mendaoatkan penjelasan dokumen yang tidak cukup itu," katanya.

Sumber : Berita Harian (11 Julai 2015)
Tulisan : Mohd Hamizar Hamid & Norakmah Mat Youb


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment