Bank Negara Malaysia pada mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) semalam memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang menjadi penanda aras pinjaman pada 3.25 peratus.
Bank pusat itu dalam kenyataannya berkata, keputusan itu dibuat berdasarkan keadaan ekonomi global yang terus berkembang pada kadar yang sederhana.
"Walaupun pertumbuhan sudah bertambah baik merentasi ekonomi maju, namun pertumbuhan ini masih sederhana dan di kebanyakan ekonomi Asia, permintaan dalam negeri terus menyokong pertumbuhan meskipun eksport lebih lemah," katanya.
Risiko pertumbuhan
Bank Negara berkata, pemulihan dalam prestasi pertumbuhan global pada masa hadapan bagaimanapun akan mudah terjejas disebabkan oleh pertumbuhan menjadi lebih perlahan.
Pasaran kewangan antarabangsa juga katanya, sudah menjadi lebih tidak menentu berikutan kebimbangan yang meningkat terhadap perkembangan di Eropah dan ketidakpastian dasar yang berterusan di beberapa negara maju utama.
"Ada juga risiko pertumbuhan menjadi lebih perlahan di beberapa ekonomi utama Asia.
"Bagi ekonomi Malayisa, petunjuk terkini menunjukkan bahawa ekonomi terus berkembang pada suku kedua, walaupun pada kadar yang lebih sederhana," kata Bank Negara.
Bank Negara berkata, pertumbuhan keseluruhan terus disokong oleh permintaan dalam negeri dengan pertumbuhan penggunaan swasta dijangka lebih perlahan berikutan aktiviti penggunaan yang dipercepat sebelum pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada suku pertama.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources
0 comments:
Post a Comment