Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Bidikan Di Lampu Isyarat


Sungai Buloh - Tapak tangan kanan seorang wanita berlubang manakala mulutnya luka ditembak dua penjenayah disyaki pembunuh upahan.

Dalam kejadian jam 8 pagi semalam, suspek yang menaiki motosikal melepaskan dua das tembakan ke arah mangsa yang berada di dalam kereta berhampiran lampu isyarat di Tol Sungai Buloh di sini.

Difahamkan mangsa wanita berusia 51 tahun itu ditembak ketika berhenti di simpang empat lampu isyarat itu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Superintendan Junaidi Bujang berkata, suspek yang menaiki motosikal menembak mangsa secara mendadak dari arah kanan kereta.

Menurutnya, seorang suspek sebelum itu dilihat sempat berjalan mengelilingi kereta mangsa sebelum melepaskan tembakan.

"Tembakan itu bagaimanapun menembusi tapak tangan mangsa serta menyebabkan kecederaan pada mulut wanita itu.

"Mangsa masih menerima rawatan dan belum dapat disoal siasat untuk maklumat lanjut," katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan Unit Polis Forensik di lokasi kejadian menemui dua kelonsong peluru model .38 milik penjenayah.

"Polis percaya suspek menggunakan pistol Revolver untuk menembak mangsa. Bagaimanapun siasatan lanjut berhubung motif kejadian dijalankan.

"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menghubungi polis untuk membantu siasatan," katanya.

Dia berkata, pihak polis masih menyiasat motif kejadian serangan itu berikutan tiada barang berharga milik mangsa dilarikan.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh.

Sumber : Harian Metro (09 Julai 2015)
Tulisan : Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment