Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

ISU 1MDB : Wall Street Journal Diberi 14 Hari


Kuala Lumpur - Perdana Menteri Datuk Seri Najib memberi masa 14 hari bermula semalam kepada Wall Street Journal (WSJ) untuk mengesahkan pendirian mereka berhubung dakwaan menyalahgunakan dana AS$700 juta (RM2.6 bilion) milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), sebelum tindakan undang-undang diambil.

Melalui Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, Najib atas kapasiti peribadinya mengemukakan surat itu terhadap Lembaga Pengarah WSJ, Dow Jones & Company yang beribu pejabat di New York.

Berdasarkan kenyataan media yang disediakan oleh peguam Wan Azmir Wan Majid, artikel bertarikh 2 Julai itu didakwa dicemari dengan pelbagai tuduhan terhadap Najib yang membabitkan beberapa syarikat dan transaksi.

"Kami diminta untuk mengenal pasti pihak yang terbabit dalam penulisan, pengedaran dan penerbitan artikel itu. Ia bagi membolehkan pihak kami menamakan individu yang betul dalam tindakan undang-undang yang akan diambil nanti.

"Ini memerlukan perbincangan dan penyelidikan memandangkan artikel itu tidak memberi maklumat jelas untuk membolehkan sebarang surat undang-undang atau dokumen mahkamah dihantar," katanya.

Menurut Wan Azmir, isu kedua yang menjadi perhatian adalah mengenai bidang kuasa memandangkan penerbitan asal WSJ adalah dari Amerika Syarikat serta boleh diakses di seluruh dunia.

"Maklumat yang diperoleh juga akan menentukan sama ada tindakan undang-undang terhadap WSJ dibuat secara bersama atau terhadap 'rakan subahat' yang dinamakan di dalam artikel itu.

"Syarikat yang didakwa berkonspirasi ialah International Petroleum Investment Co, Tanore Finance Corp, SRC International Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd," katanya.

Wan Azmir berkata,sebaik pihak terbabit dan bidang kuasa sudah dikelnalpasti, mereka akan menangani semua kemungkinan atau remedi undang-undang munasabah untuk anak guam.

"Kami diarahkan untuk mengenal pasti fakta dan memberikan fakta penuh terhadap anak guam kami sebelum arahan selanjutnya diberikan," katanya.

WSJ melalui artikel yang bertajuk 'Malaysia Leader's Account Probed' pada 2 Julai lalu dan 'Scandal In Malaysia' pada 6 Julai lalu didakwa mengesan wang sebanyak AS$700 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadi milik Perdana Menteri.

Sumber : Harian Metro (09 Julai 2015)
Tulisan : Murni Wan Omar


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment