Shanghai - Pasaran saham China menjunam lagi semalam berikutan amaran pengawal selia sekuriti mengenai tercetusnya 'jualan panik' selepas langkah terbaharu kerajaan negara itu gagal meredakan kebimbangan pelabur.
Keyakinan pelabur terjejas teruk selepas penggantungan dagangan yang meluas membabitkan 1,300 kaunter saham, iaitu hampir separuh daripada syarikat senaraian awam di negara itu. Langkah penggantungan urus niaga itu dilakukan bagi mengelak harga saham syarikat berkenaan terus menjunam.
Prestasi saham susut
Penanda aras utama, Indeks Komposit Shanghai ditutup 5.9 peratus atau 219.93 mata lebih rendah kepada 3,507.19 mata.
Indeks Komposit Shenzen, yang mengukur prestasi pasaran saham kedua China juga susut 2.5 peratus atau 48.38 mata kepada 1,884.45.
"Pelabur mula menjual saham mewah susulan tiada kecairan yang tinggal dalam urus niaga saham syarikat kecil, yang bermakna terdapat hanya sebilangan kecil kaunter saham syarikat yang boleh dijual," kata penganalisis Zheshang Securities, Zhang Yanbing kepada AFP.
Kejatuhan itu berlaku disebalik pengumuman langkah baru oleh Kerajaan China untuk menyokong pasarannya, termasuk membenarkan syarikat insurans melabur lebih banyak aset dalam saham dan program untuk membeli semula saham bagi syarikat kecil.
"Pelabur panik dan penjualan tidak rasional penyebabkan tekanan kecairan di pasaran saham," kata Jurucakap Suruhanjaya Kawal Selia Sekuriti China, Deng Ge.
Bursa asia, yang berada dalam keadaan tekanan ekoran krisis hutang Greece yang berlarutan, turut mencatatkan penurunan ekorankesan jangkitan pasaran saham China, dengan pelabur beralih membeli aset selamat seperti yen.
Pasaran saham Hong Kong menjunam 7.35 peratus dalam dagangan tenghari, ke paras terendah sejak Disember lalu, manakala Tokyo ditutup pada 3.14 peratus lebih rendah dan Sydney turun 2.01 peratus.
Harga saham syarikat China yang disenarai di Bursa Amerika Syarikat juga mencatat penurunan meskipun tiga indeks utama di Wall Street mencatatkan peningkatan.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources
0 comments:
Post a Comment