Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

Berita Emas - 09 Julai 2015


Harga emas naik melepasi paras terendah empat bulan semalam.

Ia disebabkan penyusutan nilai dolar AS selepas minit mesyuarat Rizab Persekutuan sebelum ini menunjukkan bank pusat perlu lebih banyak petunjuk pengukuhan ekonomi AS sebelum menaikkan kadar faedah.

Emas ditarik keluar daripada jajaran dagangan sempit pada sesi dagangan pagi selepas dolar melemah kerana pelabur memantau kestabilan saham China dan kemajuan krisis hutang Greece.

Emas semerta menokok 0.6 peratus kepada AS$1,164.30 seauns pada 0616 GMT, melebihi paras terendah pada Rabu AS$1,146.75, paras terendah sejak 18 Mac.

Saham China kembali stabil selepas suruhanjaya sekuriti negara itu mengharamkan pemegang saham dengan kepentingan lebih lima peratus daripada menjual saham mereka untuk tempoh enam bulan berikutnya. Ia bertujuan mengawal kejatuhan harga sahamnya.

"Apa yang berlaku di China akan menarik turun harga kerana mereka tiada lagi dana atau wang untuk membeli emas," kata Howie Lee, penganalisis di Phillip Futures di Singapura.

Emas kebiasannya meraih menfaat daripada ketidaktentuan politik dan ekonomi berikutan pelabur mahu mendapatkan aset selamat.

Lee berkata, pihaknya melihat sokongan serta-merta bagi emas sekitar AS$1,145, dengan sokongan berikutnya AS$1,100.

Emas AS bagi penghantaran Ogos hanya mencatat perubahan kecil pada AS$1,163.40 seauns.

Minit mesyuarat Rizab Persekutuan yang diadakan pada 16-17 Jun menunjukkan bank pusat belum bersedia untuk menaikkan kadar faedah hujung tahun ini, disebabkan data ekonomi domestik yang bercampur-campur.

Ini mencadangkan sebarang kenaikan kadar faedah akan ditangguhkan sekurang-kurangnya sehingga September.

Logam berharga lain, perak semerta menokok hampir dua peratus kepada AS$15.43 seauns.

Palladium naik 1.5 peratus kepada AS$660.50 seauns selepas jatuh semalaman ke paras terendah sejak Jun 2013.

Platinum menambah 0.6 peratus kepada AS$1,035.50 seauns selepas jatuh Rabu ke paras terendah sejak Febuari 2009.


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment