Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
RSS

WAJIB BAYAR BALIK PTPTN : ANGKASA Tawar Pemotongan Gaji


Kuala Terengganu - Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) menawarkan perkhidmatan pemotongan gaji kepada kakitangan awam yang terbabit dengan arahan bayaran balik wajib pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Presidennya, Datuk Abdul Fattah Abdullah, berkata ANGKASA mempunyai Biro Perkhidmatan ANGKASA (BPA) yang berpengalaman 50 tahun dalam mengendalikan urusan pemotongan gaji bukan sahaja dalam kalangan penjawat awam, malah kakitangan kerajaan negeri, syarikat milik kerajaan (GLC) dan syarikat korporat.

Justeru, katanya, kakitangan awam yang sudah menerima arahan berkenaan boleh mendapatkan perkhidmatan ANGKASA sebagai tanggungjawab sosial korporat (CSR) institusi itu.

"Tawaran ini adalah reaksi kepada keputusan kerajaan mewajibkan pemotongan gaji kepada lebih 100,000 kakitangan awam yang gagal dan culas melunaskan hutang PTPTN walaupun sudah mempunyai pekerjaan.

"Pada masa ini, ANGKASA menguruskan 3.2 juta akaun pemotongan gaji milik 1.3 juta individu yang 70 peratus adalah kakitangan awam dengan nilai traksaksi lebih RM1 bilion sebulan.

"Saya percaya mereka yang mendapat arahan berkenaan tergolong dalam kelompok 1.3 juta ini dan ia akan memudahkan urusan potongan gaji melalui saluran BPA," katanyaselepas Majlis Berbuka Puasa bersama kakitangan ANGKASA di sini, kelmarin.

Sumber : Berita Harian (10 Julai 2015)
Tulisan : Noor Aznida Alias


Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan 
PASIF... Daftar SEKARANG 
secara PERCUMA 

 =================================================== 
  Out There Were Are One  ~ ONEXOX

 MOHD AZHAR BIN KORDI 
 Whatsapp : 0111 - 864 8262 


 HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
=================================================== 

 #PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment