Harga emas jatuh semalam berikutan kegagalan meraih sokongan pelabur sungguhpun Greece kelihatannya akan gagal untuk membayar balik hutangnya, manakala dolar AS yang kukuh dan pemulihan dalam pasaran saham turut menyebabkan minat terhadap emas berkurang.
Emas semerta jatuh 0.3 peratus kepada AS$1,176.35 seauns pada 0638 GMT, selepas menokok 0.6 peratus dalam dua sesi sebelum ini.
Bagi bulan ini, logam itu menuju ke arah penyusutan satu peratus.
Dolar menokok 0.4 peratus berbanding beberapa mata wang utama.
Saham Asia dan dagangan hadapan saham AS turut menokok semalam selepas kejatuhan semalaman, sungguhpun kebimbangan berhubung isu hutang Greece berkekalan.
"Mengejutkan, bida ke atas pelaburan selamat tidak berlaku.
"Mungkin kita akan menyaksikan kesan kegagalan Greece membayar balik hutangnya merebak ke negara lain di Eropah dan negara lain.
"Harga emas berkemungkinan akan naik ketara selepas pungutan suara Greece Ahad ini," kata ketua peniaga Lee Cheong Gold Dealers di Hong Kong, Ronald Leung.
Greece hanya ada beberapa jam sahaja lagi untuk diisytiharkan gagal membayar balik hutang bernilai 1.6 bilion euro yang dipinjamnya daripada Tabung Mata wang Antarabangsa (IMF).
Rundingan dengan peminjam tidak mencapai kesepakatan, dengan Perdana Menteri, Alexis Tsipras meminta diadakan pungutan suara pada 5 Julai.
Ribuan rakyat Greece keluar tunjuk perasaan pada Isnin untuk menunjukkan sokongan kepada kerajaan berhaluan kiri itu yang menolak syarat penyelamat antarabangsa yang ketat.
Dalam dagangan semalaman di Wall Street, semua tiga indeks utama jatuh.
Sungguhpun emas kebiasannya dilihat sebagai pelaburan alternatif sewaktu berlakunya ketidaktentuan kewangan dan ekonomi, kenaikan harga adalah sementara.
Harga emas menerima kesan tahun ini daripada jangkaan Rizab Persekutuan akan dinaikkan lewat tahun ini.
Jom Sertai ONEXOX, JANA pendapatan
PASIF... Daftar SEKARANG
secara PERCUMA
===================================================
Out There Were Are One ~ ONEXOX
MOHD AZHAR BIN KORDI
Whatsapp : 0111 - 864 8262
HOSTING PERCUMA --> http://goo.gl/H3g9QH
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
TEKNIK INSTAGRAM --> http://goo.gl/wu0QMd
BLOG PROJEK RM10 --> http://projek-rm10-sahaja.blogspot.com/
BLOG A/RESPONDER --> http://autoresponder-termurah.blogspot.com/
===================================================
#PrayForGaza #PrayForPalestine #PrayForSyria #PrayForMesir #PrayForMalaysia #JutawanOnexox #JutawanSenSen #PesonaTimurResources
0 comments:
Post a Comment